awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM

Bernama
Bernama
17/10/2024
11:10 MYT
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut menyebabkan angin kencang berserta ribut dan hujan lebat terutama pada sebelah petang. - Foto BERNAMA
PORT DICKSON: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut menyebabkan angin kencang berserta ribut dan hujan lebat terutama pada sebelah petang.
"Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi myCuaca bagi mengetahui keadaan di lokasi terbabit. Aplikasi ini percuma. Ia memberikan maklumat berhubung ramalan cuaca dan kaedah yang boleh diambil ketika berdepan cuaca tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Persidangan Penyelamat Pantai Pertahanan Awam (CDLC) di Pantai Batu 5, di sini, hari ini.
Majlis disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid.
Menurut Aminurrahim setakat pagi tadi, seramai 4,150 mangsa daripada 1,120 keluarga berada di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri.
Dalam pada itu, beliau berkata tujuh keluarga dipindahkan ke PPS berikutan tanah runtuh di Taman Melawati, Selangor.
"Buat masa ini keadaan masih belum selamat untuk mereka pulang ke rumah masing-masing. Kita jangan ambil mudah, sebaliknya perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana keadaan cuaca tidak menentu," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#APM
#banjir kilat
#Kuala Lumpur
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan