awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai disaran guna laluan alternatif elak kesesakan Jalan Klang-Teluk Intan

Bernama
Bernama
05/05/2022
12:51 MYT
Orang ramai disaran guna laluan alternatif elak kesesakan Jalan Klang-Teluk Intan
Polis meminta pengguna jalan raya berwaspada serta mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis menasihatkan orang ramai supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas di Jalan Klang-Teluk Intan yang dijangka bermula esok hingga Ahad ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata pengguna dari arah Klang menghala Teluk Intan boleh menggunakan Laluan 54 (Kuala Selangor)-Kuala Lumpur-Jalan Kelab Golf-Jalan Kuala Selangor-Rawang (Bestari Jaya)-Jalan Kampung Hang Tuah-Jalan Timur Tambahan (Sungai Tengi)-susur keluar Bukit Tagar.
"Bagi pengguna dari arah Teluk Intan ke Klang, mereka boleh melalui Jalan Parit 4-Jalan Terusan Utama, Jalan Tanjong Karang-Rawang-Jalan Raja Musa-Jalan Kuala Selangor-Rawang (Bestari Jaya)-Ijok-Meru," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata aliran trafik dijangka perlahan di sepanjang laluan kedua-dua arah tersebut bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam dan sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta berwaspada serta mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#jalan klang-teluk intan
#kesesakan
#jalan alternatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan