awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai disaran sertai Angkasa untuk kekang aktiviti along

Bernama
Bernama
16/12/2013
10:08 MYT
Orang ramai disaran sertai Angkasa untuk kekang aktiviti along
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyarankan supaya orang ramai menyertai koperasi bagi mengekang aktiviti peminjaman wang daripada syarikat pinjaman wang tidak berlesen seperti Along.
Naib Presidennya Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pinjaman melalui koperasi adalah lebih selamat selain turut menawarkan kaedah pembayaran balik pada kadar yang munasabah. "Kita menggalakkan orang ramai untuk menyertai koperasi bagi mengelakkan diri mereka daripada meminjam daripada agensi tidak berlesen seperti Along kerana ia akan menyusahkan mereka pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup Konvensyen Pengukuhan Audit Dalaman, Pengurusan Risiko Koperasi dan Sistem Pengurusan Berkomputer Angkasa (SPBA) di sini hari ini.
Seramai 328 peserta daripada 165 koperasi di seluruh negara menghadiri konvensyen tiga hari itu yang berakhir hari ini.
Alimuddin berkata peminjaman daripada koperasi kredit juga lebih selamat kerana semua prosedur dan faedahnya dikawal sepenuhnya oleh kerajaan untuk melindungi peminjam.
“Sama seperti di negara maju di Eropah, Jepun dan Korea, kita berharap dapat menjadikan koperasi sebagai badan untuk membantu pembangunan ekonomi negara," katanya.
Beliau juga menggalakkan setiap koperasi untuk menggunakan sistem urus tadbir berkomputer bagi memastikan kelancaran operasi mereka.
Katanya Angkasa membekalkan SBPA secara percuma kepada koperasi kecil yang masih menggunakan sistem urus tadbir konvensional bagi memudahkan urusan seperti senarai pendaftaran ahli, pentadbiran dan perakaunan.
Topic Berkaitan
#along
#Angkasa
#pinjaman wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan