awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba bergelut padam kebakaran tahap kecemasan ketika gelombang haba landa Australia
Presiden Iran, Putera Mahkota Arab Saudi bincang kepentingan perpaduan negara Islam
IRGC beri amaran, negara jiran dianggap ‘musuh’ jika wilayah digunakan untuk serang Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai jangan ambil mudah kemungkinan banjir tahun ini - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
25/10/2025
12:21 MYT
Orang ramai jangan ambil mudah kemungkinan banjir tahun ini - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan sempena merasmikan Himpunan Silat Pesaka Malaysia 2025 di Nilai, hari ini. - Bernama
NILAI: Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil mudah kemungkinan banjir pada tahun ini susulan Monsun Timur Laut (MTL) meskipun ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan keadaan tidak seteruk tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana perubahan pola cuaca luar jangka menyebabkan hujan lebat luar biasa kini berlaku di kawasan yang lazimnya tidak terjejas seperti di Perak dan Kedah.
"Saya telah memaklumkan kepada Kabinet semalam tentang perkembangan baharu yang sangat luar biasa, lazimnya luruan hujan ini akan melanda pantai timur tetapi ia berlaku di utara Perak dan pantai barat Kedah.
"Ini hukum alam, yang pentingnya hukum dan ketentuan Allah dan kita (kerajaan) telah melakukan kesiapsiagaan yang lebih untuk menghadapi bencana tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Silat Pesaka Malaysia 2025 yang turut dihadiri Presiden Pesaka Malaysia Datuk Megat Zulkarnain Omardin di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa memperkukuh koordinasi di peringkat negeri dan daerah terutama di kawasan panas (hotspot) banjir, bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi musim MTL berjalan lancar.
Ahmad Zahid berkata langkah itu turut melibatkan penambahan aset logistik NADMA dan pasukan keselamatan lain termasuk polis, tentera dan bomba selain menggerakkan pasukan sukarelawan di seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut memanfaatkan sistem amaran awal oleh MetMalaysia yang membolehkan amaran cuaca dikeluarkan seminggu lebih awal bagi memastikan penduduk di kawasan berisiko dapat membuat persediaan.
"Kita minta pemindahan dilakukan tiga hari sebelum paras air meningkat dan luruan hujan lebih banyak di sesuatu kawasan. Jadi saya harap arahan ini diikuti dan kini kita telah memasang 1,380 isyarat siren di kawasan titik merah yang dijangka paras air tinggi," katanya.
Beliau berkata siren amaran yang dipasang di kawasan berisiko itu akan diaktifkan apabila banjir berada di tahap kuning atau merah bagi membolehkan penduduk bukan sahaja berjaga-jaga tetapi bersiap siaga untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara atau pusat pemindahan tetap yang disediakan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#monsun timur laut
#persiapan
#MetMalaysia
#Ahmad Zahid Hamidi
#cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan