awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Organisasi perlu pandang serius gangguan seksual di tempat kerja

Bernama
Bernama
12/11/2018
23:42 MYT
Organisasi perlu pandang serius gangguan seksual di tempat kerja
Walaupun gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki, majikan atau pekerja, peratusan aduan menunjukkan wanita lebih ramai menjadi mangsa. - Gambar hiasan
Pihak pengurusan dan pentadbiran organisasi diminta memandang serius isu gangguan seksual di tempat kerja dengan mengambil langkah proaktif selain tidak mengetepikan sebarang aduan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon.
Beliau berkata pelbagai program dan kempen kesedaran juga perlu dianjurkan organisasi untuk memberikan pendedahan kepada para pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertindak sewajarnya.
"Kerajaan negeri menyokong usaha dan pendekatan kempen sebagai salah satu cara mendidik masyarakat bahawa penderaan, penindasan dan apa-apa perlakuan yang tidak menghormati wanita adalah tidak boleh diterima dan tiada toleransi.
"Selain itu, kesedaran dan kefahaman terhadap kesaksamaan gender perlu diterapkan agar dengan pemahaman ini, isu keganasan terhadap wanita dapat dibendung," katanya semasa berucap merasmikan 'Seminar Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Cegah dan Tindak!' di sini pada Isnin.
Tan berkata walaupun gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki, majikan atau pekerja, peratusan aduan menunjukkan wanita lebih ramai menjadi mangsa.
Beliau juga turut memberi tips pengesanan simptom gangguan seksual seperti bertanyakan soalan peribadi tentang kehidupan dan kegemaran seksual, menghalang pergerakan, menyentuh rambut, pakaian atau badan dan menceroboh ruang peribadi.
"Selain itu adalah wajib untuk kita semua mengambil langkah positif menghentikan gangguan seksual dengan mengambil langkah-langkah seperti memaklumkan kepada pengganggu seksual memberhentikan perbuatan yang dilakukan dan bertindak secara agresif mempertahankan diri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#kempen kesedaran
#majikan
#Nicole Tan Lee Koon
#pejabat
#Pekerja
#Simptom
#tempat kerja
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan