NIBONG TEBAL: Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh dengan menyalurkan semua sumber yang diperlukan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dalam pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau juga telah meminta semua agensi kerajaan negeri terutama Pejabat Daerah dan Tanah, agar memberi bantuan terutama untuk kerja-kerja fasiliti dalam memudahkan projek tersebut.
"Sebenarnya MAHB sudah ada persiapan awal sejak tahun 2018 lagi (projek pembesaran LTAPP) malah kebenaran merancang mereka (MAHB), juga telah diluluskan dan dengan pengumuman (Belanjawan 2023) ini, pasukan kerajaan negeri memberi input dan kerjasama kepada MAHB dalam melaksanakan projek tersebut.
"Saya juga minta agensi-agensi kerajaan negeri terlibat dapat membantu untuk kerja-kerja fasiliti projek itu, antaranya untuk urusan pengambilan balik tanah, pemindahan kuarter kerajaan, menara kawalan trafik, dan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina berhampiran situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penyerahan Jambatan Tanjung Berembang di Laluan P169 sepanjang 2,130 meter bernilai RM28 juta, yang mula dibina Januari 2016 dan siap sepenuhnya Mac tahun lepas.
Semasa pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembesaran LTAPP dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor, tetapi bercadang untuk menghentikan pembinaan lapangan terbang baharu Kulim, Kedah.
Chow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata kerajaan negeri juga, akan berusaha membida beberapa lagi projek infrastruktur untuk Pulau Pinang yang tidak disenarikan dalam Belanjawan 2023, pada pelan boleh pinda Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) seterusnya, yang dijadualkan sehingga akhir tahun ini.
Beliau berkata jabatan-jabatan kerajaan negeri diminta untuk membuat semakan susulan dengan menteri mereka, agar projek tersebut dapat disenaraikan dalam belanjawan pada tahun hadapan.
"Bidaan untuk projek di bawah Rolling Plan Keempat (RMK-12) pun sudah bermula, untuk dibentangkan mungkin pada akhir tahun ini (2023), bagi membuat belanjawan pada tahun depan (2024).
"Justeru, proses memasukkan (projek cadangan) sedang dibuka, kita akan membuat susulan lanjut dengan menteri-menteri, terutama menteri kewangan dan saya berharap lebih banyak projek yang berkepentingan untuk rakyat dapat diluluskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau juga telah meminta semua agensi kerajaan negeri terutama Pejabat Daerah dan Tanah, agar memberi bantuan terutama untuk kerja-kerja fasiliti dalam memudahkan projek tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

P.Pinang bantu salurkan semua sumber bagi pelaksanaan projek pembesaran LTAPP
Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh dengan menyalurkan semua sumber dalam pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Belanjawan 2023: Kerajaan Pulau Pinang sambut baik projek pembesaran LTAPP
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pembesaran lapangan terbang itu mampu menampung kira-kira 20 juta penumpang setiap tahun.