GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memanfaatkan semua peluang yang ada termasuk pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya warga asing bercuti ke negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) negeri Wong Hon Wai berkata demikian sebagai mengulas laporan peruncit terkemuka di United Kingdom, Post Office, yang telah menamakan Pulau Pinang sebagai tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
Pengumuman itu dibuat sebagai sebahagian Holiday Money Report edisi 2024 yang turut mengangkat Pulau Pinang sebagai destinasi keempat terbaik di Asia.
Susulan diketengahkan dalam laporan itu, beliau berkata pihaknya mengemas kini produk pelancongan sedia ada sebagai daya tarikan baharu meliputi keindahan alam, makanan lazat serta warisan budaya dan seni yang unik.
"Kami memperkenalkan pelbagai tema pelancongan dan pakej, seperti perkahwinan, persidangan dan pameran perubatan, kapal persiaran serta warisan budaya bagi memenuhi pelbagai pengalaman pelancongan," katanya kepada Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Wong berkata kadar pertukaran Ringgit Malaysia ke atas mata wang asing ketika ini adalah sangat berbaloi dan memberi peluang kepada pelancong asing untuk menikmati pelbagai pengalaman makanan serta hiburan dengan harga yang berpatutan di Pulau Pinang.
Produk-produk pelancongan Pulau Pinang katanya dikenali sebagai pilihan yang baik dan berkualiti, membolehkan pelancong menikmati penginapan di hotel mewah dengan kos berpatutan.
"Selain itu, usaha untuk meningkatkan infrastruktur seperti cadangan pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT), pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), projek kereta kabel di Bukit Bendera, hotel baharu, peningkatan dan pemodenan hotel sedia ada dan usaha-usaha lain telah dijalankan dengan cemerlang.
"Setiap pihak berkepentingan dan semua lapisan masyarakat turut berganding bahu untuk memajukan industri pelancongan di Pulau Pinang," katanya.
Menurut Wong, dalam tempoh setengah tahun lepas beliau telah mengadakan lawatan ke beberapa syarikat penerbangan antarabangsa, bertujuan untuk memperkenalkan kelebihan pelancongan Pulau Pinang kepada pelancong asing.
Beliau juga telah melakukan lawatan ke empat bandar besar di India iaitu Mumbai, Chennai, Kochi dan New Delhi dalam usaha mempelopori pasaran di sana serta berharap untuk mencapai kesan positif hasil dasar visa bebas menjelang akhir tahun ini dengan menarik lebih banyak pelancong dari negara itu ke Pulau Pinang.
"Malah pelaksanaan pengecualian visa selama 30 hari antara Malaysia dan China telah memberi dorongan besar kepada industri pelancongan, namun, kesan positif yang jelas dari dasar visa bebas untuk India masih belum dapat dilihat secara jelas," katanya.
Menurutnya jumlah kapal persiaran antarabangsa yang tiba di Pulau Pinang juga mengalami peningkatan iaitu sejak Januari hingga Februari tahun ini, terdapat sebanyak 45 pelayaran melibatkan 131,208 pelancong berbanding 31 pelayaran dan 108,039 pelancong dalam tempoh sama tahun lepas.
"Pada tempoh yang sama, jumlah pelancong domestik dan asing yang tiba di LTAPP meningkat kepada 577,329 orang atau sebanyak 26.93 peratus daripada 454,839 orang pada tempoh yang sama tahun lalu dan saya yakin bahawa jumlah pelancong akan terus meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia. - Gambar hiasan
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Jangan kaitkan pascasiswazah kardiotoraks UiTM sebagai isu perkauman
Isu program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di Universiti Teknologi Mara, tidak seharusnya dipolemikkan sebagai satu isu politik yang melibatkan perkauman, tegas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
Beliau berkata, Kementerian ketika ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara berhubung isu melibatkan empat doktor berkenaan, khusus seorang doktor berbangsa Cina dan India, memandangkan ia melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perubatan 1971.
12 klien AADK lulus SPM
Sebanyak 12 daripada 14 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Isnin.
Calon Yang DiPertua Dewan Negara telah disenarai pendek - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan senair pendek calon Yang DiPertua Dewan Negara telah dikenalpasti bagi menggantikan penyandangnya Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu.
PM mahu hubungan persekutuan dan Sarawak sentiasa baik
Perdana Menteri Datuk Sei Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat bersama kepimpinan tertinggi Sarawak yang antara lain menyentuh mengenai pembangunan di wilayah itu.
Chef Wan dituntut mohon maaf
Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamamman Devasthanam, Datuk Sivakumar menuntut Chef Wan untuk memohon maaf secara terbuka.
Polis serbu makmal, rampas dadah RM4.6 juta
Polis berjaya membongkar makmal memproses dan mengedar dadah di rumah sewa di Pulau Pinang selepas menahan seorang lelaki Jumaat lepas.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.