awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
USAID hentikan program bantuan luar berkuat kuasa 1 Julai - Rubio
DUNIA
Mesir, Qatar bincang usaha bersama hidupkan semula rundingan gencatan senjata Gaza
DUNIA
Kemboja catat kes ke-11 selsema burung H5N1 pada manusia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu

Bernama
Bernama
01/07/2025
12:15 MYT
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu
Pelancaran Silicon Research and Incubation Space dijangka dapat memacu misi Pulau Pinang untuk menerajui landskap reka bentuk litar bersepadu (IC) negara. - Foto Facebook Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Pelancaran Silicon Research and Incubation Space, sebuah kemudahan berinovasi tinggi di bawah inisiatif Penang Silicon Design @5km+ (PSD@5km+) dijangka dapat memacu misi Pulau Pinang untuk menerajui landskap reka bentuk litar bersepadu (IC) negara.
Terletak di GBS Tech Space, Taman Perindustrian Bayan Lepas, kemudahan khas seluas 36,000 kaki persegi ini menandakan permulaan era baharu bagi reka bentuk IC tempatan, sekali gus bersedia menangani cabaran pasaran global.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kemudahan berkenaan kini menempatkan syarikat reka bentuk IC tempatan dan rakan kongsi teknologi, mewujudkan platform kerjasama yang menghimpunkan pengalaman, kepakaran serta visi usahawan tempatan, kebanyakannya yang pernah berkhidmat di syarikat multinasional (MNC).
Beliau berkata kemudahan itu berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memupuk komuniti dinamik yang terdiri daripada pereka bentuk IC berasaskan kecerdasan buatan generasi baharu, jurutera serta usahawan.
"Ia menyediakan akses kepada persekitaran pelayan berteknologi tinggi, makmal canggih serta alat dan peralatan automasi reka bentuk elektronik bertaraf industri, yang merupakan pemacu penting dalam proses reka bentuk dan pembangunan IC.
"Ruang ini turut dilengkapi rangkaian perkhidmatan perundingan teknikal, bimbingan pakar dan program pembangunan bersama yang komprehensif, bertujuan mempercepat inovasi dan kesediaan produk," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kemudahan itu di GBS Tech Space, di sini hari ini.
Chow berkata pelancaran hari ini mengukuhkan lagi komitmen kerajaan negeri dalam menyokong Strategi Semikonduktor Negara, selain memaklumkan bahawa lebih 45 syarikat, termasuk tempatan dan MNC, kini beroperasi di Pulau Pinang, menjadikannya kelompok reka bentuk IC terbesar di Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau berkata kemudahan tersebut merupakan satu daripada tiga komponen utama di bawah inisiatif PSD@5KM+, selain Akademi Reka Bentuk Cip yang dijadual dilancarkan minggu depan dan Taman Digital Reka Bentuk IC di Bayan Lepas yang dijangka siap pada Ogos ini.
Inisiatif itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lepas, dengan sokongan pembiayaan kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 juta manakala RM60 juta daripada kerajaan negeri.
Chow dalam pada itu berkata visi negeri, "Buatan Malaysia, direka dan dibangunkan di Pulau Pinang", kini semakin menjadi kenyataan apabila cip yang direka bentuk secara tempatan mula menepati piawaian global dan memasuki pasaran antarabangsa.
"Kita berbangga apabila syarikat tempatan benar-benar menghasilkan cip "Buatan Malaysia", sekali gus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Silicon Research and Incubation Space
#pulau pinang
#reka bentuk litar bersepadu
#GBS Tech Space
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami