awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Asfura angkat sumpah Presiden Honduras, fokus selesai masalah rakyat
Blatter sokong boikot Piala Dunia 2026 di AS susulan tindakan pentadbiran Trump
Patung kuda 'muram' jadi tular menjelang Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja catat kes ke-11 selsema burung H5N1 pada manusia tahun ini

Bernama
Bernama
01/07/2025
22:20 MYT
Kemboja catat kes ke-11 selsema burung H5N1 pada manusia tahun ini
Mangsa dipercayai bersentuhan dengan ayam yang mati dalam rumahnya dan membawanya untuk ditanam. - Gambar hiasan
PHNOM PENH: Seorang wanita berusia 36 tahun dari Wilayah Siem Reap di barat laut Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1 pada manusia, menjadikan jumlah kes setakat tahun ini meningkat kepada 11, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Selasa.
"Keputusan makmal dari Institut Pasteur di Kemboja pada 30 Jun menunjukkan wanita itu positif virus H5N1," menurut kenyataan itu.
"Pesakit mengalami gejala demam, batuk dan sesak nafas dan kini sedang dirawat oleh sepasukan doktor."
Menurut laporan Xinhua, mangsa tinggal di Kampung Doun Keo, Daerah Puok.
Terdapat ayam sakit dan mati di rumah pesakit. Mangsa dipercayai bersentuhan dengan ayam yang mati itu dan membawanya untuk ditanam.
Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan menjalankan pemeriksaan terhadap mana-mana kes yang disyaki serta individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit, bagi mengelakkan penularan dalam komuniti.
Tamiflu (oseltamivir), ubat antivirus untuk mencegah penularan selesema burung, turut diberikan kepada mereka yang mempunyai kontak langsung dengan pesakit, menurut kenyataan itu.
Setakat tahun ini, Kemboja merekodkan keseluruhan 11 kes selesema burung H5N1 pada manusia, dengan lima kematian, menurut Kementerian Kesihatan.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: Kemboja, selesema burung, jangkiti wanita
Topic Berkaitan
#Kemboja
#selsema burung
#H5N1
#Tamiflu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan