APA sahaja yang kita lihat, rasa dan alami boleh dijadikan satu sumber inspirasi yang sangat kreatif.
Seni bukan hanya boleh diterjemahkan melalui lukisan, malah boleh juga dijelmakan menerusi pakaian.
Bagi pemenang Gold Award, Nur Awatif Adawiyah Abdul Aziz, keunikan topeng kayu yang diukir Orang Asli Mahmeri memberinya inspirasi untuk menghasilkan empat koleksi sempena UiTM Degree Fashion Show 2018.
"Inspirasi saya kali ini ialah dari Orang Asli Mahmeri, yang mana, mereka mempunyai keunikan tersendiri.
"Di Malaysia ada banyak jenis orang asli, tetapi Orang Asli Mahmeri merupakan satu-satunya yang membuat topeng mengunakan kayu,” katanya.
Menerangkan cabaran yang dihadapinya, Nur Awatif berkata, dia harus mengayakan kembali topeng tiga Dimensi (3D) menjadi dua dimensi (2D).
Namun, dengan bantuan tenaga pengajar, dia berjaya menyempurnakan kesemua empat koleksi dalam masa 14 minggu sebelum dipersembahkan kepada umum pada pertunjukan fesyen tersebut.
Lain pula ceritanya bagi, pemenang Anugerah Pilihan Alumni dan Bronze Award, Yusafizal Yusuf.
Dalam menghasilkan kelainan, Yusafizal menjadikan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai sumber inspirasi dalam mereka pakaiannya.
Baginya, ini merupakan satu penghargaan kepada seniman handalan itu.
Rekaan Yusafizal tidak ketinggalan berhadapan dengan cabaran khususnya memilih jenis kain untuk membuat koleksi tersebut.
Bercerita lanjut mengenai rekaan yang menggunakan P. Ramlee sebagai inspirasi, Yusafizal tidak menjadikan watak lakonan seniman itu secara langsung, sebaliknya, dia menggunakan filosofi dan konsep di atas rekaan.
"Disebabkan itulah penggunaan bahan sangat terhad dan saya menggunakan kain pelikat serta kain-kain yang bercorak petak dan belang serta berwarna klasik,” kata Yusafizal.
Seramai 58 pelajar tahun akhir sarjana muda seni reka fesyen (Kepujian) UiTM Shah Alam, telah mempersembahkan koleksi pakaian pelbagai variasi tema, inspirasi dan kategori yang menyerlahkan bakat dan potensi mereka dalam rekaan fesyen.
Pertunjukan bagi UiTM Degree Fashion Show 2018 telah diadakan di Panggung Sri, Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.
Asyraf Roslan
Thu Jan 24 2019
Nur Awatif Adawiyah Abdul Aziz menyandang Gold Award sempena UiTM Degree Fashion Show 2018 - FotoUitm
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Jiman Casablancas meninggal dunia
Tinjauan di media sosialnya turut dikirimkan ucapan takziah oleh pengikut dan teman rapat yang mengenali Allahyarham.
Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?
Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis.
Penggemar fesyen tukar sampah jadi payung, beg tangan
Ahmad Afiq hanya menggunakan pita pelekat dan kemahiran menjahitnya bagi menghasilkan produk yang praktikal dan boleh digayakan.
Hutang hampir cecah RM300 juta, Victoria Beckham tetap tekad teruskan perniagaan
Victoria dilaporkan tetap bertekad meneruskan perniagaannya walaupun dikritik pemerhati sebagai 'projek sia-sia'.
Balenciaga perkenal 'beg sampah' paling mahal berharga lebih RM7,900
Hal ini mungkin tidak menghairankan kerana Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar kebiasaan dan eksperimen sosial.
Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.
Zara vs Zana: Jenama fesyen kecil menang kes tanda dagang
Hakim tribunal memutuskan bahawa butik yang berpangkalan di Darlington, England, House of Zana boleh mengekalkan namanya.
Lestarikan alam sekitar menerusi fesyen - Hatta Dolmat
Hatta Dolmat sekali lagi tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.
Bekas jurugambar peribadi Puteri Diana meninggal dunia
Demarchelier merupakan jurugambar peribadi Puteri Diana pada tahun 1989, menjadikannya jurugambar bukan kelahiran British pertama bekerja dengan keluarga diraja.
KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan
KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia.