awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/11/2024
06:05 MYT
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Mas Ermieyati berkata PAC akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB terhadap FashionValet. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) terhadap Fashionvalet.

Ringkasan AI
  • Prosiding PAC Berhubung Kerugian Pelaburan: PAC akan memulakan prosiding terhadap Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd berhubung kerugian pelaburan RM43.9 juta dalam Fashionvalet. Prosiding dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
  • Prosiding Pengurusan Program Penanaman Padi: PAC sedang menjalankan prosiding mengenai Pengurusan Program Penanaman Padi dengan 12 saksi telah dipanggil dan 14 saksi lagi akan memberikan keterangan minggu hadapan.
  • Isu NAFAS dan Kekurangan Baja: PAC akan memanggil semula wakil NAFAS untuk menjelaskan isu yang melanda organisasi tersebut, yang berpotensi menyebabkan kekurangan baja kepada pesawah. Prosiding untuk NAFAS dijadualkan pada minggu kedua Disember 2024.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan memanggil Khazanah dan PNB susulan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta dalam syarikat itu.
Menurutnya dalam kenyataan pada Khamis, prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
Selain itu, katanya, PAC kini sedang menjalankan prosiding berhubung Pengurusan Program Penanaman Padi dan setakat ini sebanyak empat prosiding telah diadakan.
Setakat ini, seramai 12 saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan pada minggu hadapan, PAC akan mendengar keterangan dan penjelasan daripada 14 saksi yang terdiri daripada pesawah, pengeluar benih padi sah, pengilang beras dan ahli akademik.
Tambah Mas Ermieyati, memandangkan isu melibatkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kembali hangat, PAC akan sekali lagi memanggil wakil daripada NAFAS.
“Sejak dua minggu lepas, isu NAFAS telah menjadi topik hangat dan pertubuhan ini dianggotai 930,000 ahli peladang di seluruh negara.
“Sehubungan itu, PAC telah membuat keputusan untuk memanggil semula NAFAS bagi menjelaskan isu yang sedang melanda syarikat berkenaan.
“PAC bimbang isu dan kemelut melanda NAFAS ini akan membawa kepada masalah lebih besar iaitu kekurangan baja kepada pesawah. Prosiding untuk NAFAS akan ditetapkan pada minggu kedua Disember 2024,” katanya.
Tambahnya, NAFAS sebelum ini adalah sebahagian daripada saksi bagi prosiding tersebut yang mana PAC pernah memanggil Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS untuk memberi penjelasan dan keterangan pada 26 Mac 2024.
Bahkan, PAC juga pernah melawat kilang NAFAS di Gurun, Kedah pada 22 April 2024.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati
#PAC
#NAFAS
#fashion valet
#pelaburan
#PNB
#Khazanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan