awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC mahu laporan projek 'land swap' Kementerian Pertahanan dinyahklasifikasi

Bernama
Bernama
15/06/2023
11:25 MYT
PAC mahu laporan projek 'land swap' Kementerian Pertahanan dinyahklasifikasi
PAC mahu Laporan Projek Land Swap di bawah Mindef dinyahklasifikasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Laporan Projek Land Swap di bawah Kementerian Pertahanan (Mindef) dinyahklasifikasi.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini susulan dua laporan yang pernah dibentangkan sebelum ini oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) bersama Laporan Land Swap kepada PAC semasa persidangan Parlimen Ke-14, telah dinyahklasifikasi sebelum jawatankuasa itu dibubarkan.
Dua lagi laporan yang dbentangkan ketika itu ialah Laporan Automated Enforcement System (AES) pada 16 Nov 2020, Laporan Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV) berkeupayaan kapal tempur persisir (LCS) pada 1 Dis 2020, manakala Laporan Land Swap pula pada 2 April 2019 dan 16 Nov 2020.
"Dua daripada tiga laporan JKSTUPKK ini telah dinyahklasifikasi oleh Jabatan Perdana Menteri, iaitu Laporan AES pada 8 Julai 2022 dan Laporan Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV) berkeupayaan kapal tempur persisir (LCS) pada 17 Ogos 2022.
"Laporan Projek Land Swap masih belum dinyahklasifikasi dan memandangkan JKSTUPKK telah dibubarkan, saya telah menulis sepucuk surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, untuk nyahklasifikasi laporan ini," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.
Mas Ermieyati berkata ia bagi membolehkan PAC melihat semula kepada perkara tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#Kementerian Pertahanan
#land swap
#nyahklasifikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan