awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC syor Projek Desa Lestari diurus satu kementerian sahaja

Bernama
Bernama
05/04/2018
06:29 MYT
PAC syor Projek Desa Lestari diurus satu kementerian sahaja
HASAN: PAC memandang berat beberapa kelemahan dalam pengurusan program PDL. - Astro AWANI/Fail
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan supaya Projek Desa Lestari (PDL) dipantau dan diuruskan satu kementerian sahaja bagi menjadikan pengurusan projek berkenaan lebih efisien.
Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pembabitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam memantau projek berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai kelemahan pengurusan kontrak dalam kalangan koperasi.
"PAC Parlimen secara umumnya berpuas hati dengan program ini kerana ia merupakan hasrat murni kerajaan hendak membantu penduduk kampung menubuhkan koperasi bagi menjalankan perniagaan.
"Namun begitu, PAC memandang berat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti masalah projek gagal dan terbengkalai, perolehan bekalan dan kerja tidak mengikut spesifikasi, salah guna kuasa oleh pegawai serta kurang pemantauan dan tindakan oleh SKM terhadap koperasi yang tidak mematuhi sepenuhnya Akta Koperasi 1993," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas membentangkan laporan PAC Parlimen di Dewan Rakyat hari ini berhubung pengurusan Program Desa Lestari di bawah KKLW.
Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 antara lain melaporkan salah guna kuasa pegawai yang memecah kecil perolehan dan membuat bayaran tidak teratur selepas 19 daripada 84 projek PDL berjumlah RM5.32 juta didapati terbengkalai.
Sehingga 2016, sebanyak 80 kampung terpilih melaksanakan PDL dengan peruntukan RM114.68 juta disalurkan melalui agensi KKLW seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Mengulas lanjut, Hasan berkata PAC Parlimen turut mengesyorkan supaya SKM tegas dalam menguat kuasa peraturan di bawah Akta Koperasi 1993, selain mengkaji semula perjawatan bagi pegawai yang menyelia koperasi benar-benar dapat memberikan khidmat nasihat dengan lebih berkesan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Akta Koperasi
#FELCRA
#Hasan Arifin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
#Ketengah
#KKLW
#PAC
#projek desa lestari
#risda
#SKM
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan