awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masih terdapat jurang antara Pearly - Thinaah dan Sheng Shu-Tan Ning - Rosman
Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC wujudkan mesyuarat pantau tindakan Kerajaan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/07/2019
08:37 MYT
PAC wujudkan mesyuarat pantau tindakan Kerajaan
Mesyuarat Pembentangan Maklum Balas Kementerian Kewangan, kata Noraini, akan dimakkumkan setiap tindakan kerajaan yang diambil terhadap rumusan dan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. - Gambar fail
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mewujudkan Mesyuarat Pembentangan Maklum Balas Kementerian Kewangan bagi mengetahui setiap tindakan kerajaan yang diambil terhadap rumusan dan syor yang dikemukakan jawatankuasa itu.
Dalam satu kenyataan kepada Parlimen, Pengerusinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, menerusi mesyuarat itu, Kementerian Kewangan yang mewakili kerajaan akan membentangkan maklum balas serta tindakan yang diambil kepada PAC.
“Sebelum ini, kementerian menghantar maklum balas terhadap rumusan serta syor laporan PAC secara bertulis. Tiada sebarang pembentangan dibuat menyebabkan ahli PAC tidak dapat mengetahui maklum balas dengan lebih terperinci.
“Melalui mesyuarat ini, ahli PAC berpeluang bertanyakan soalan terhadap setiap maklum balas yang diambil berdasarkan rumusan serta syor daripada laporan jawatankuasa ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebagai permulaan, Noraini berkata, PAC menetapkan 16 Julai ini sebagai tarikh Kementerian Kewangan membentangkan maklum balas berhubung projek pembangunan semula kemudahan sedia ada di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil serta laporan mengenai pengurusan marina awam di bawah Kementerian Pengangkutan.
“Surat kehadiran sudah dihantar kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Kedua-dua laporan ini sudah dibentangkan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-14 yang berlangsung antara Mac dan April lalu.
“Selepas mendengar pembentangan ini, saya dan ahli PAC akan berbincang sama ada maklum balas ini perlu dibentangkan di Dewan Rakyat atau sebaliknya bagi membolehkannya menjadi dokumen awam serta boleh diakses oleh rakyat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk membentangkan laporan maklum balas itu terletak dalam bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#kerajaan
#noraini ahmad
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan