IPOH: Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan di lebuh raya seperti yang tular dalam rakaman video adalah milik Polis Diraja Malaysia.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil pemeriksaan mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton dengan nombor pendaftaran VHE5415 itu sedang dalam penugasan ketika melalui KM239 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.
"Ketika itu, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak telah berjaya menangkap dua lelaki di daerah Taiping kerana terlibat dalam satu sindiket curi kenderaan mewah.
"Pasukan tersebut bersama-sama suspek yang ditahan terus dibawa ke IPK untuk tujuan siasatan lanjut. Atas faktor keselamatan serta tugas rasmi, pasukan serbuan telah menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan pantas ketika melalui laluan yang sesak," katanya dalam kenyataan.
Mior Faridalathrash berkata pihaknya tidak mengesan sebarang salah laku atau salah guna kuasa dalam kejadian ini dan meminta masyarakat agar melakukan semakan dengan pihak berwajib dahulu sebelum membuat sebarang hebahan yang mengelirukan.
Dilapor, video berdurasi 14 saat yang tular menerusi media sosial itu difahamkan direkod kira-kira 5.50 petang, Selasa lepas yang menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih menggunakan siren dan lampu kecemasan untuk diberikan laluan di lebuh raya berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan di lebuh raya seperti yang tular dalam rakaman video adalah milik Polis Diraja Malaysia. - Gambar hiasan
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.

Tiga maut dirempuh pacuan empat roda ketika baiki treler rosak
Tiga lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika membaiki treler rosak di Jalan Merapoh-Kuala Lipis, Lipis.

Lelaki maut dilanggar kenderaan undur sendiri
Mangsa letak gear dalam kedudukan 'N' dan hanya tarik brek tangan separuh sebelum kenderaan itu mengundur ke belakang lalu melanggarnya.

DVS Pulau Pinang siasat kes kucing tergantung belakang pacuan empat roda
DVS Pulau Pinang membuka siasatan berhubung insiden seekor kucing tergantung di belakang kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Simpang Ampat, Nibong Tebal semalam.

Pasangan kekasih maut nahas empat kenderaan
Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan awal pagi tadi.

Pam brek pecah punca kenderaan dinaiki pelajar Orang Asli terlibat kemalangan
Hal itu menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbalik di Bukit Setol, laluan ke Pos Simpor.

Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.

3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.

Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.

Seorang maut, empat cedera nahas babit 4 x 4, Iswara
Kemalangan di Batu 8, Teluk Intan itu meragut nyawa seorang lelaki berusia 23 tahun.