awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah berzumba ketika PKPB, 15 wanita dikompaun RM1,000

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2020
03:43 MYT
Padah berzumba ketika PKPB, 15 wanita dikompaun RM1,000
Seramai 15 wanita ditahan selepas didapati melanggar PKPB dengan berhimpun untuk melakukan aktiviti zumba pada Sabtu.
Seramai 15 wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhimpun untuk melakukan aktiviti zumba pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kesemua mereka melakukan aktiviti itu ketika polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Taman Pekan Rabu, di sini, kira-kira jam 6.30 petang.
Pemeriksaan ke atas premis terbabit dilakukan sepasukan polis ketika membuat tugas rondaan cegah jenayah dan penguatkuasaan pemantauan PKPB.
Kesemua wanita berusia di antara 25 dan 50 tahun itu mengaku berada di premis berkenaan dan melakukan aktiviti zumba namun gagal memberikan penjelasan munasabah untuk menyertai aktiviti sosial itu ketika PKPB.
Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.
Kesalahan disiasat di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Topic Berkaitan
#15 wanita
#asyik berzumba
#perhimpunan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#siasatan
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan