awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah pindah kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM5,000

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
22/05/2023
02:55 MYT
Padah pindah kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM5,000
Wan Mohamad Aizat mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan memindahkan kambing tanpa kebenaran. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Padah memindahkan ternakan kambing tanpa kebenaran, seorang pemandu lori didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh juga berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Hukuman itu diputuskan Majistret Norina Maludin selepas tertuduh, Wan Mohamad Aizat Wan Ismail, 23 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan 100 ekor kambing hidup menggunakan lori tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar yang diberi kuasa olehnya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 September 2022 di tepi Jalan Kemajuan, Bandar Baru Kuala Terengganu, jam 8.50 malam.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Perenggan i (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang mana diwartakan di bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Mohd Shahihan Mohd Tahar dan Fazlizan Ishak Khan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Kuala Terengganu
#pindah kambing tanpa kebenaran
#pemandu lori didenda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan