Skip to main content

Malaysia

Padah salah guna permit bas sekolah bawa pelancong, kenderaan disita

Permit bas sekolah tapi bawa pelancong, bas disita.. kredit JPJ Kedah
Ketika pemeriksaan dilakukan JPJ, terdapat kira-kira 40 pelancong dari Thailand menuju Johor. - Gambar ihsan JPJ Kedah

BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah bertindak menyita sebuah bas sekolah selepas dikesan menyalahgunakan permit dengan membawa pelancong asing, pada Jumaat.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pemandu itu ditahan dalam Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) ketika memasuki Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kepala Batas, di sini.

“Ketika pemeriksaan bas itu membawa kira-kira 40 pelancong dari Thailand menuju Johor. 

"Hasil pemeriksaan mendapati pengendali bas gagal mengemukakan Permit Perubahan Sementara (LPS) yang membenarkan penggunaan bas sekolah bagi tujuan membawa pelancong, sekali gus melanggar syarat permit yang ditetapkan.

“Bas terbabit dibawa ke JPJ Alor Setar untuk tindakan sitaan sementara semua penumpang diturunkan di Terminal Bas Shahab Perdana, Mergong di Alor Setar bagi meneruskan perjalanan dengan pengangkutan lain,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Jelas Van Lutam, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pengusaha yang menyalahgunakan permit kenderaan dan menjejaskan aspek keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya.

Must Watch Video

Advertisement