BALIK PULAU: Lebih 50 pesawah di kawasan Sungai Burung di sini menanggung kerugian selepas lebih 121 hektar sawah yang diusahakan hanya mengeluarkan padi hampa atau tidak berisi akibat serangan penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB).
Keadaan itu menyebabkan sumber pendapatan mereka terjejas dan lebih memeritkan apabila ia berlaku ketika masing-masing memerlukan wang untuk perbelanjaan harian pada fasa pemulihan pandemik COVID-19.
Seorang pesawah Azahri Hariff, 44, berkata setiap musim dia membelanjakan kira-kira RM60,000 bagi mengusahakan sawah seluas 14 hektar di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, katanya semasa membuat tinjauan di sawahnya baru-baru ini, dia mendapati kebanyakan tanaman padinya diserang penyakit BPB yang sudah pasti menjejaskan pengeluaran padi.
"Biasanya setiap kali musim menuai, saya dapat menghasilkan antara 80 hingga 90 tan padi tetapi musim ini pengeluarannya terjejas teruk akibat penyakit itu.
"Saya percaya penyakit Hawar Bulir Bakteria yang menyerang tanaman padi di kawasan Sungai Burung ini berpunca daripada faktor perubahan cuaca yang tidak menentu kini," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Azahri berharap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat membantu para pesawah yang terjejas pendapatan dan mengalami kerugian akibat serangan penyakit berkenaan.
Seorang lagi pesawah di Sungai Burung, Talib Hamid, 70, berkata serangan penyakit BPB itu pertama kali berlaku di kawasan tersebut yang menjejaskan hasil tuaian.
Katanya pada musim ini dia hanya memperoleh lima tan padi hasil tuaian di sawah seluas 2.02 hektar.
"Kebiasaannya saya mampu memperoleh antara 15 hingga 16 tan padi tetapi musim ini terjejas teruk akibat penyakit ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Pesawah, Azahri Hariff, 44, menunjukkan pokok padi yang diusahakan hanya mengeluarkan padi hampa atau tidak berisi akibat serangan penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB). - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
NAFAS komited bantu kerajaan tangani isu bekalan beras putih tempatan
Zamri berkata NAFAS mampu untuk terlibat secara langsung dalam rantaian pembekalan beras negara.
NACCOL cadang naik harga lantai belian padi, subsidi tambahan kepada pesawah
Menaikkan harga lantai belian padi dan memberikan subsidi tambahan kepada pesawah antara cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.
Kompleks IADA Kota Belud dijangka siap 2027, mercu tanda pembangunan industri padi
Ia selaras dengan usaha untuk memperkasa peranan IADA sekali gus membantu pembangunan sektor tanaman padi Sabah khususnya di Kota Belud.
BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.
Kerajaan teliti syor naik harga siling beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan meneliti syor agar harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan bagi menjaga masa depan semua pihak.
Belanjawan 2024: RM2.6 bilion subsidi, insentif kepada pesawah, nelayan
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyediakan RM2.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harga padi: Pesawah masih terima RM1,700 per tan, subsidi RM500 satu tan - Mohamad Sabu
Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi.
Kenaikan SSHP bantu pesawah imbangi kos pengeluaran padi
Kadar yang tidak ditambah baik sejak sekian lama itu menurut mereka membantu meningkatkan pendapatan setiap kali musim tuaian padi.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aktiviti tanaman padi lebih 30 pesawah terjejas ekoran gangguan sumber air
Situasi itu menyebabkan kerja membajak serta proses menabur benih yang sepatutnya dilakukan pada April lepas, tergendala.