MIRI: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak hari ini menyantuni dan membantu penduduk Kampung Long San Telang Usan, Baram, di sini, mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan jalur lebar satelit, MEASAT melalui perkhidmatan CONNECTme NOW.
Sesi ini akan berlangsung selama tiga hari sehingga Khamis, dengan kaunter-kaunter di Dewan Serbaguna di sini akan dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang, kecuali pada hari terakhir di mana kaunter akan dibuka sehingga jam 1 tengah hari.
Kampung Long San Telang Usan terletak kira-kira 200 kilometer atau kira-kira enam jam perjalanan dari bandar Miri, dengan populasi sekitar 800 orang penduduk.
Kerana kedudukannya yang agak jauh di pedalaman, ia sedikit menyukarkan penduduk untuk mendapatkan akses internet yang stabil bagi mengemas kini maklumat ke dalam PADU.
Timbalan Pengarah DOSM Sarawak, Yusnita Mohd Yusof, berkata: "Kita cuba membantu penduduk di sekitar Long San, merangkumi beberapa termasuk Kampung Long Liam, Long Selatong, Long Tap dan Long Beku, untuk memastikan penduduk dapat mengemas kini data mereka.
"Kita cuba sebaik mungkin membantu penduduk di luar bandar supaya apa saja dasar yang dirancang kerajaan, maklumat itu sudah ada dalam sistem PADU.
"Sambutan hari ini sangat baik, penduduk sudah hadir sebaik kaunter dibuka pada pagi tadi dan saya berharap ini berterusan sehingga ke hari terakhir kami di sini.
"Kita memahami ada kekangan dari segi rangkaian internet di sekitar kawasan ini, kerana itu kita cuba bantu sebaik mungkin dengan kerjasama MEASAT melalui perkhidmatan CONNECTme NOW," katanya.
Untuk rekod, ini merupakan lokasi kedua di mana sesi pendaftaran dijalankan dengan kerjasama antara DOSM dan MEASAT, selepas kali pertama di Kampung Keniogan, Sabah, baru-baru ini.
Ia sekali gus mencerminkan komitmen DOSM, MEASAT dan CONNECTme NOW bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir mendaftarkan maklumat mereka ke dalam sistem PADU.
Madiha Abdullah
Tue Feb 27 2024
Kakitangan DOSM membantu penduduk Kampung Long San Telang Usan, Baram, Miri, mengemas kini maklumat dalam PADU.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.