awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PADU tulang belakang 'Govtech', ubah pengalaman berurusan dengan kerajaan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/01/2024
03:50 MYT
PADU tulang belakang 'Govtech', ubah pengalaman berurusan dengan kerajaan
Pendaftaran PADU bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) mempunyai peranan jauh lebih besar selain menentukan kelayakan penerimaan subsidi bersasar secara adil.
Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, salah satu daripada peranan besar itu adalah sebagai pangkalan data tulang belakang kepada pelaksanaan 'Government Technology' atau 'Govtech' (teknologi kerajaan) Malaysia.
"Govtech akan mengubah pengalaman rakyat berurusan dengan kerajaan melalui pendigitalan, lebih cekap, lebih mudah, lebih canggih," katanya dalam muat naik di media sosial hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, pendaftaran PADU kini mencapai 1.54 juta orang selepas dua minggu ia dilancarkan sejak 2 Jan lalu.
Jelasnya, jumlah itu termasuk golongan yang berumur di bawah 18 tahun.
"Saya akan turun padang mulai minggu depan untuk menggalakkan lebih ramai mendaftar PADU, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
"Jadi, kita perlu menjayakan PADU. Sama-sama daftar secepat mungkin, jangan tunggu sampai 31 Mac 2024," ujarnya.
Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Jan hingga 31 Mac.
Pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.
Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.
Topic Berkaitan
#PADU
#Rafizi Ramli
#pangkalan data
#GovTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan