awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAGE alukan cadangan wajib lulus bahasa Inggeris SPM

Haider Yutim
Haider Yutim
10/03/2013
07:03 MYT
PAGE alukan cadangan wajib lulus bahasa Inggeris SPM
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya Datin Noor Azimah Abdul Rahim bagaimanapun mencadangkan agar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan bagi menyenangkan proses pelaksanaannya.
“Kami juga rasa untuk menyenangkan dan mempercepatkan proses ke arah 2016, kami ingin menekankan dengan cadangan kami iaitu biarlah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris berjalan selari dengan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI),” katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Kata beliau, cadangan menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus menunjukkan bahawa kerajaan dan kementerian prihatin terhadap kelemahan pelajar-pelajar yang akan memasuki universiti dan seterusnya menempuh alam pekerjaan.
Beliau juga yakin bahawa pelaksanaan tersebut akan berjaya kerana kerajaan telah mula melatih 61,000 guru bahasa Inggeris untuk mahir dalam bahasa itu.
Sementara itu, Noor Azimah juga bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan untuk mengekalkan had 10 mata pelajaran bagi calon SPM.
Beliau mengatakan keputusan tersebut adalah wajar kerana tiada manfaat diperolehi jika seseorang pelajar itu mengambil lebih dari 10 mata pelajaran.
“Kita rasa jika seseorang pelajar itu membuat lebih dari 10 mata pelajaran, ini menunjukkan bahawa pelajar ini tidak fokus pada sesuatu yang dia minat,” kata Noor Azimah.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Mac mengumumkan bahawa bahasa Inggeris berkemungkinan besar akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Katanya perkara itu sedang diperhalusi Kementerian Pelajaran dan pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#Datin Noor Azimah Abdul Rahman
#PAGE
#Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan