awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang rekod 12,745 penagih dadah setakat 30 Jun tahun ini

Bernama
Bernama
20/09/2025
13:15 MYT
Pahang rekod 12,745 penagih dadah setakat 30 Jun tahun ini
Saifuddin pada Majlis Penutup Jelajah PTDT bersempena dengan Sambutan Peringatan Hari Antidadah peringkat negeri yang disempurnakan oleh Sultan Pahang di Dewan Balora Mastika. - Gambar Facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
JENGKA: Masalah penagihan dadah di Pahang berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 12,745 penyalah guna dan penagih direkodkan setakat 30 Jun 2025, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata angka itu bersamaan dengan kadar 765 penagih bagi setiap 100,000 penduduk di negeri ini.
"Angka ini memberikan gambaran jelas bahawa masalah dadah bukanlah isu kecil, sebaliknya satu ancaman serius yang menguji kestabilan sosial dan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal (PTDT) bersempena dengan Sambutan Peringatan Hari Antidadah peringkat negeri, yang disempurnakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Balora Mastika, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Saifuddin Nasution berkata sebanyak 1,917 klien turut menerima rawatan dan pemulihan di 47 Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) di seluruh negara.
Selain itu, beliau berkata berkata golongan paling terjejas ialah individu berumur antara 15 hingga 35 tahun, khususnya mereka yang bekerja dalam sektor tidak mahir.
"Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan potensi ekonomi mereka, malah memberikan kesan negatif kepada produktiviti negara. Lebih membimbangkan, dadah sintetik seperti methamphetamine dan ketamin kekal menjadi pilihan utama penagih dan penyebarannya semakin meluas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#potensi ekonomi
#dadah sintetik
#pilihan utama
#kestabilan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan