awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang salur RM25,000 bawa pulang jenazah mangsa pemerdagangan manusia

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2023
10:25 MYT
Pahang salur RM25,000 bawa pulang jenazah mangsa pemerdagangan manusia
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan itu bagi membantu membawa pulang jenazah Allahyarham Muhammad Izzat ke tanah air untuk dikebumikan di Malaysia. - Gambar fail
KUANTAN: Kerajaan Pahang menghulurkan sumbangan RM25,000 kepada keluarga Allahyarham Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, yang meninggal dunia dalam tahanan imigresen di Tachileik, Myanmar pada 14 Oktober lalu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan itu bagi membantu membawa pulang jenazah Allahyarham Muhammad Izzat ke tanah air untuk dikebumikan di sini.
Menurutnya, kerajaan Pahang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa mangsa.
"Saya berharap keluarga bersabar atas dugaan berat yang dihadapi ini.
"Sama-sama kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, Wan Rosdy menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya menerima sebarang tawaran bekerja di luar negara.
"Pastikan kesahihan pekerjaan ditawarkan terlebih dahulu bagi mengelak menjadi mangsa perdagangan manusia," katanya.
Allahyarham Muhammad Izzat dilaporkan menaiki penerbangan ke Bangkok pada 7 Oktober lalu sebelum diculik ke Myanmar melalui jalan darat pada 11 Oktober.
Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh wakil pertubuhan kemanusiaan namun disahkan meninggal dunia ketika dalam tahanan Imigresen di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nurul Diyana Mohd Shukur, 27 tahun dan dua anak lelaki Muhammad Nu’man dan Muhammad Naqib Anaqi masing-masing berusia enam dan empat tahun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#Myanmar
#Muhammad Izzat Abdul Wahab
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan