awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang selesai 98 peratus pemilikan tanah peneroka - MB

Bernama
Bernama
16/12/2025
14:00 MYT
Pahang selesai 98 peratus pemilikan tanah peneroka - MB
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pencapaian itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan hak kira-kira 43,000 peneroka di negeri ini dilindungi dan diselesaikan mengikut peraturan. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Pahang telah menyelesaikan 98 peratus urusan pemilikan tanah peneroka di negeri ini, hasil usaha berterusan pelbagai pihak dalam menangani isu berlarutan sejak puluhan tahun lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pencapaian itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan hak kira-kira 43,000 peneroka di negeri ini dilindungi dan diselesaikan mengikut peraturan.
"Dengan pemberian suratan hak milik hari ini, kita telah mencapai 98 peratus penyelesaian pemilikan tanah peneroka. Sebahagian daripada mereka terpaksa menunggu sehingga 42 tahun sebelum menerima suratan hak milik, namun kelewatan itu bukan disengajakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Peneroka Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 serta Skim Tanah Rakyat di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata antara faktor kelewatan itu adalah disebabkan ia melibatkan prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi.
Beliau berkata baki dua peratus lagi urusan pemilikan tanah akan terus diusahakan untuk diselesaikan, namun kebanyakannya melibatkan isu teknikal terutama berkaitan perwarisan.
Dalam pada itu, Wan Rosdy menasihatkan peneroka yang menerima suratan hak milik supaya menjaga tanah berkenaan dengan baik dan terus mengekalkan atau meningkatkan hasil sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#pemilikan tanah peneroka
#Wan Rosdy Wan Ismail
#surat hak milik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan