NATIONAL
Pahang tangguh kebenaran operasi kedai gunting rambut, cermin mata sepanjang PKP berkuatkuasa
Operasi menggunting rambut akan ditangguhkan di Pahang. - Gambar hiasan
Pahang menangguhkan kebenaran operasi kedai gunting rambut dan cemin mata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
Keputusan ini dibuat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Isnin.
Kerajaan pada Jumaat mengumumkan kedai gunting rambut dan cermin mata merupakan antara dua sektor yang boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas pada Jumaat mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan sehingga April 28, 2020 bagi mengatasi penularan pandemik COVID-19.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#COVID-19
#kedai cermin mata
#kedai gunting rambut
#MITI
#Pahang
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Wan Rosdy Wan Ismail