KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan semua tapak perkhemahan di negeri itu ditutup.
Menurut Wan Rosdy, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sudah mengeluarkan notis penutupan itu pada Jumaat.
"Kerajaan negeri mahu semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi ditutup. Kita perlu mengambil iktibar daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, " katanya melalui satu hantaran di media sosial Facebook rasmi miliknya.
“Kita doakan agar dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat yang terlibat,” katanya.
Sementara itu, JPNP dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah menutup semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi termasuk di lereng bukit dan air terjun bermula Jumaat (semalam) sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
LAPOR LANGSUNG: Tanah runtuh Batang Kali: 2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23
JPNP berkata, penutupan itu membabitkan semua tapak perkhemahan diuruskan jabatan berkenaan dan pihak operator swasta seperti di Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Maran dan Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands.
Selain itu, Ia juga mengambil kira ramalan hujan lebat berterusan yang dikeluarkan di negeri ini.
Astro Awani
Sat Dec 17 2022
Menurut Wan Rosdy, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) sudah mengeluarkan notis penutupan itu pada Jumaat. - Sumber foto FB Wan Rosdy
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pahang tutup semua tapak perkhemahan - MB
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan semua tapak perkhemahan ditutup.