Skip to main content

Malaysia

Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor

41676209035_BekalanAir.jpg
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam telah pulih sepenuhnya jam 6 pagi, pada Ahad.

Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Pada Jumaat, Astro AWANI melaporkan sebanyak 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air  susulan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.

Gangguan bekalan jejaskan kemeriahan Ramadan




Advertisement

Must Watch Video