awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak belang baham 11 lembu

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2023
23:00 MYT
Pak belang baham 11 lembu
Penduduk melihat perangkap yang dipasang untuk menangkap harimau tersebut. -Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Sebanyak 11 ekor lembu milik penduduk di Kampung Peralla di sini dipercayai menjadi mangsa dibaham pak belang dalam tempoh dua bulan lalu.
Seorang penggembala, Suwaye Yusof, 59, berkata, kejadian terbaharu pada Selasa minggu lalu melibatkan dua lembu miliknya yang dimakan oleh binatang buas tersebut.
“Saya ke kandang yang menempatkan 16 ekor lembu dan mendapati seekor tinggal bangkai manakala seekor lagi hilang.
“Di tanah kawasan sekitar itu ada kesan tapak kaki dipercayai haiwan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.
Seorang penduduk, Jeffri Abdullah, 57, berkata, mereka pernah mendengar bunyi ngauman mengerikan pak belang tersebut pada waktu malam dan dipercayai berada di kawasan kebun getah dan kelapa sawit di kampung itu.
“Kesemua lembu saya berjumlah 26 ekor dilepaskan di dalam kebun sawit tetapi empatnya hilang bulan lalu manakala tiga lagi hilang dua minggu lalu.
“Lembu-lembu hilang dimakan oleh harimau yang pertama kali muncul di kampung ini menyebabkan penduduk juga takut untuk keluar menoreh getah,” katanya.
Dalam pada itu, seorang kontraktor juga pemilik lembu, Amran Ariffin, 41, berkata, penduduk sepakat mengutip sumbangan bagi membeli kambing untuk dijadikan umpan memerangkap harimau yang turut memakan ternakan lain penduduk seperti kambing.
“Penduduk bimbang keselamatan masing-masing terancam dan mengelak keluar rumah terutama pada waktu malam kecuali atas urusan tertentu.
“Perangkap sudah diletakkan oleh pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kelantan) pada dua hari lalu bagi membantu menangkap haiwan tersebut,” katanya.
Sinar Harian dalam usaha mendapatkan maklum balas daripada pihak Perhilitan Kelantan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#Kampung Peralla
#lembu dibaham pak belang
#Suwaye Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan