awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pak Belang' intai ternakan di Gerik, penduduk dinasihat kurung haiwan - Perhilitan

Bernama
Bernama
21/05/2025
13:15 MYT
'Pak Belang' intai ternakan di Gerik, penduduk dinasihat kurung haiwan - Perhilitan
Yusoff berkata buat masa ini tiada sebarang kelibat 'raja rimba' itu dikesan kembali ke kampung berkenaan meskipun perangkap telah dipasang oleh pihak Perhilitan selepas aduan dikemukakan penduduk kampung. - Gambar hiasan/Astro AWANI
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menasihati penduduk supaya tidak membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran susulan kejadian serangan harimau belang di Kampung Padang Langgar, Gerik pada 17 Mei lepas.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata kandang haiwan juga perlu bersesuaian dan mampu meminimumkan serangan mamalia pemangsa itu.
"Penduduk sepatutnya mengurung haiwan ternakan dalam kandang yang bersesuaian. Bukan buat kandang sekadar ada atau 'cincai' sahaja. Ini bagi mengelak haiwan mereka menjadi mangsa binatang buas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, empat ekor lembu ternakan penduduk dilaporkan menjadi korban serangan harimau belang yang dipercayai datang dari hutan berhampiran kampung berkenaan.
Yusoff berkata buat masa ini tiada sebarang kelibat 'raja rimba' itu dikesan kembali ke kampung berkenaan meskipun perangkap telah dipasang oleh pihak Perhilitan selepas aduan dikemukakan penduduk kampung.
"Kita juga menggunakan teknologi dron untuk mengesan kelibat harimau berkenaan, namun buat masa ini masih tiada kesan jejak haiwan itu dijumpai," katanya, sambil menjelaskan kurangnya populasi babi hutan yang menjadi sumber utama makanan antara punca harimau itu menghampiri kawasan penduduk.
Beliau berkata pihaknya berharap harimau itu kembali ke habitat asal, sekali gus meredakan kebimbangan penduduk kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#babi hutan
#teknologi dron
#Perhilitan
#sumber utama
#Raja Rimba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan