KUALA NERANG: Jamil Ahmad, 70, bekas banduan yang pernah mengemparkan negara selepas mendapat pengampunan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Kechil, Kuala Nerang, hari ini.
Allahyarham menghembus nafas terakhir kira-kira jam 10 pagi di rumahnya selepas terkena serangan jantung.
Allahyarham pernah dipenjara 30 tahun, 11 bulan, sembilan hari di Penjara Sungai Buloh, Selangor sebelum dibebaskan pada 30 Oktober 2006.
Arwah bersama rakannya Saleh Talib dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api 1972 kerana melakukan kesalahan rompakan bersenjata api pada tahun 1976.
Menurut anak Allahyarham, Muhammad Alif Irfan Jamil, 14, sepatutnya hari ini bapanya datang melawatnya di Pusat Tahfiz Futuhil U'lum di Jitra namun terkejut sebaik dimaklumkan bapanya meninggal akibat serangan jantung.
"Ayah bagitahu dia hendak hantar duit belanja dekat maahad tahfiz dekat Jitra, ayah ada pesan belajar rajin-rajin patut datang lepas Zuhor hari ini tapi saya terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga yang ayah meninggal dunia hari ini," kata Muhammad Alif.
Sementara itu, sahabat baik arwah, Badri Yaacob, 53, berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan impian arwah Jamil untuk mengadakan siri jelajah motivasi ke beberapa sekolah di sekitar daerah Padang Terap yang dijangka bermula bulan hadapan.
Katanya, arwah banyak memberi pengajaran daripada kisah silam yang dilaluinya dahulu sepanjang berada dalam penjara kepada anak-anak muda.
Katanya, mereka telah menyiapkan kertas kerja bagi menjayakan program itu.
"Saya rancang dengan arwah nak buat siri jelajah di kawasan sekolah di daerah padang terap ini untuk memberi motivasi kepada pelajar sekolah sebelum ini arwah buat di kawasan Sungai Petani dan ramai yang bercakap berkesan," ujar Badri.
Terdahulu Jenazah Allahyarham Jamil dibawa ke Surau Kampung Sungai Kechil untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung itu pada jam 6 petang tadi.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Aug 14 2022
Allahyarham menghembus nafas terakhir kira-kira jam 10 pagi di rumahnya selepas terkena serangan jantung.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Pak Long Jamil sudah tiada
Allahyarham menghembus nafas terakhir kira-kira jam 10 pagi di rumahnya selepas terkena serangan jantung.