awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar dakwa makhluk asing guna 'alat menyamar' elak dikesan manusia

Sinar Harian
Sinar Harian
31/05/2024
00:00 MYT
Pakar dakwa makhluk asing guna 'alat menyamar' elak dikesan manusia
Tular di Las Vegas mengenai kehadiran makhluk asing di negeri itu. - Gambar hiasan/Sinar Harian
LAS VEGAS: Misteri penampakkan makhluk asing di Las Vegas baru-baru ini masih menjadi tanda tanya selepas seorang penganalisis veteran lapangan jenayah mendakwa makhluk dari angkasa lepas semakin bijak apabila menggunakan 'alat penyamaran' untuk mengelak ditemui manusia.
Pakar tersebut, Scott Roder yang pernah memberi keterangan dalam beberapa kes jenayah di dalam dan luar Amerika Syarikat (AS) berjaya 'membongkarkan' satu persatu video makhluk asing yang ditemui di Las Vegas itu.
Menurut laporan di New York Post, terdapat 30 bingkai menunjukkan kepala serta asap dikelilingnya yang mana Roder menggelarnya sebagai 'alat penyamaran'.
"Saya menggunakan prinsip sama yang digunakan untuk setiap kes pembunuhan.
"Pada masa ini apa yang kita lihat di sini adalah bukti beberapa perkara bahawa entiti ini adalah nyata. Mereka wujud dan bukan palsu," katanya yang dipetik New York Post.
Sebelum kejadian penampakan makhluk asing di Las Vegas, terdapat sinaran cahaya yang tidak dapat dijelaskan di langit.
Menurut data American Meteor Society yang dipetik New York Post, sekurang-kurangnya 21 orang di timur California, Arizona, Nevada dan Utah dilaporkan melihat cahaya hijau di langit.
Tidak lama kemudian, pengadu yang menghubungi talian 911 melaporkan dia melihat 'makluk asing yang tinggi dan kurus serta berwarna hijau.
Dalam pada masa sama, ramai netizen menyanggah penampakan makhluk asing itu dan berkata ia adalah bayang-bayang yang disangkakan makhluk tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#makhluk asing
#alat penyamaran
#Scott Roder
#sinaran cahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan