awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar patologi HKL dilihat tinggalkan HTJ

Bernama
Bernama
14/08/2019
16:12 MYT
Pakar patologi HKL dilihat tinggalkan HTJ
Mereka tiba di sini, pada pukul 9.05 pagi tadi bagi proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne (gambar) yang ditemui mati semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer daripada resort penginapannya. - Gambar fail
Pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama pegawai-pegawainya dilihat meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), pada pukul 9.25 malam ini, selepas 12 jam berada di hospital itu.
Mereka tiba di sini, pada pukul 9.05 pagi tadi bagi proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, yang ditemui mati semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer daripada resort penginapannya.
Kesemua doktor berkenaan ketika dihampiri petugas media enggan membuka mulut mengenai proses bedah siasat itu yang telah berlangsung lebih 10 jam.
Ketika hujan sederhana lebat mulai turun di kawasan hospital itu, petugas media dilihat mula meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ.
Terdahulu, polis pada sidang media memaklumkan sehingga pukul 8.15 malam tadi, proses bedah siasat mayat remaja itu masih diteruskan dan punca kematian belum diketahui.
Bedah siasat dikendalikan oleh pakar Patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ dan dibantu pakar dari Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Hanif Mohamad
#Ireland
#Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar
#Meabh Jaseprine Quoirin
#Nora Anne Quoirin
#perubatan
#petugas media
#Sebastien Philipe
#Siew Shueu Feng
#The Dusun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan