awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar psikiatri di Rom maut diserang bekas pesakit

Bernama
Bernama
24/04/2023
15:44 MYT
Pakar psikiatri di Rom maut diserang bekas pesakit
Seorang pakar psikiatri meninggal dunia di sebuah hospital di Pisa selepas diserang oleh bekas pesakitnya. - Gambar hiasan
ROM: Seorang pakar psikiatri meninggal dunia di sebuah hospital di Pisa selepas diserang oleh bekas pesakitnya, lapor ANSA.
Barbara Capovani yang bertugas di Hospital Santa Chiara sebagai ketua unit Perkhidmatan Psikiatri cedera parah selepas dipukul di kepala berulang kali oleh Gianluca Paul Seung.
Ketika kejadian Capovani sedang membuka kunci basikalnya dan hendak pulang selepas syifnya tamat pada Jumaat.
Polis menahan Seung di rumahnya pada malam Sabtu atas tuduhan cubaan membunuh. Capovani pernah merawat Seung pada 2019.
Suspek mempunyai rekod berkelakuan ganas dan mempunyai perasaan kurang senang terhadap Capovani.
Insiden itu adalah yang terkini dalam siri serangan terhadap profesional perubatan selepas kejadian terbaru di Chioggia dan Lodi.
Menurut data kesatuan doktor dan pengarah perubatan, Anaao-Assomed, pakar psikiatri ialah kategori profesional perubatan yang sering mengalami serangan iaitu sebanyak 34 peratus, diikuti oleh kakitangan jabatan kecemasan sebanyak 20 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakar psikiatri
#diserang bekas pesakit
#Hospital Santa Chiara
#Rom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan