KUALA LUMPUR: Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan Profesor Donald R. Rothwell, professor undang-undang antarabangsa terkemuka dunia dari College of Law, Australian National University (ANU), Canberra pada 31 Januari yang lalu.
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul ‘The Regime of Islands under International Law’ selain membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor USIM, Prof Datuk Sharifudin Md. Shaarani.
Kuliah tersebut telah dihadiri lebih 60 peserta yang rata-ratanya para penyelidik dari USIM, universiti tempatan serta badan-badan yang berkaitan seperti Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan Pusat Strategi Maritim dan Sejarah TLDM (PUSMAS).
Kerjasama dan hubungan akademik terjalin di antara FSU dan Profesor Rothwell menerusi pemilihan pensyarah kanan FSU, Prof Madya Mohd Hazmi Mohd Rusli sebagai felo penyelidik di ANU menerusi geran tajaan Department of Foreign Affairs (DFAT), Australia, pada tahun 2022.
Menerusi ‘fellowship’ ini, Profesor Rothwell dipilih sebagai mentor penyelidik yang terus menjalinkan hubungan dengan USIM walaupun fellowship tersebut telah berakhir Ogos 2022 yang lalu.
“Profesor Rothwell telah membincangkan isu-isu berkaitan regim kepulauan terutama di Asia Tenggara yang banyak melibatkan Malaysia sebagai negara jiran terdekat Indonesia.
“Subjek ini sangat penting terutamanya apabila Malaysia masih belum menyelesaikan masalah sempadan maritim dengan negara-negara jiran.
“Kehadiran pihak APMM, TLDM dan agensi lainnya menunjukkan kepentingan kuliah umum ini dalam membantu mereka memahami dan menangani isu-isu berkaitan.
“Para pelajar juga menunjukkan minat bagi mendalami pengajian dalam subjek ini dan diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pakar perundangan antarabangsa di Malaysia pada waktu akan dating,” kata Mohd Hazmi.
DFAT hanya menawarkan empat tempat kepada penyelidik dari seluruh dunia dan Mohd Hazmi adalah salah seorang yang telah terpilih.
Kunjungan Prof Rothwell ke FSU dan USIM adalah satu kunjungan yang bersejarah kerana ini adalah kali pertama seorang profesor undang-undang antarabangsa dari universiti terkemuka di dunia menjengah universiti yang sedang meningkat naik di rantau ini.
Astro Awani
Wed Feb 08 2023

Profesor Rothwell berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul 'The Regime of Islands under International Law'. - Foto FSU USIM

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Palestin gesa Eropah pastikan Israel patuhi undang-undang antarabangsa
Komuniti antarabangsa juga digesa memberi tekanan hebat yang sebenarnya ke atas Israel untuk menghentikan segera semua kekerasan.

Krisis Rusia-Ukraine: PBB ibarat parang buruk, tali sabut tidak tergolok
Wajar untuk disimpulkan bahawa dalam konteks konflik Rusia-Ukraine, PBB telah gagal dalam menjamin keamanan dunia.

Masyarakat antarabangsa perlu nyata pendirian mengenai tindakan Rusia iktiraf kemerdekaan dua wilayah Ukraine
Ia bukan lagi sekadar isu Ukraine atau Rusia tetapi berkisar kepada undang-undang antarabangsa atau 'lawlessness'.

ADMM ke-15: Malaysia cadang ASEAN wujudkan Rangkaian Pusat Pertahanan Siber
ACDN akan menghubungkan semua pusat operasi pertahanan siber negara anggota ASEAN untuk memanfaatkan kepakaran pertahanan siber masing-masing.

Pesawat Tentera Udara China: Latihan atau 'pencerobohan'?
Sekiranya Malaysia berdiam diri, ini boleh memberi erti bahawa Malaysia membuat pengakuan terhadap keabsahan tuntutan sembilan garis putus yang dibuat oleh negara China di Laut China Selatan.

Hak riparian: Pulau Pinang enggan panjang isu air, pilih pertahan di mahkamah - Ketua Menteri
Pulau Pinang tetap dengan pendirian sebagai mana sebelum ini untuk terus menggunakan air Sungai Muda berdasarkan hak riparian yang membenarkan negeri untuk mengambil air dari sumber berkenaan.

Isu Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman, konstruktif - Muhyiddin
Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa segala pertikaian di Laut China Selatan perlu ditangani secara aman dan konstruktif, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

UCM AS cabuli undang-undang antarabangsa
Kuasa Usaha Kedutaan Venezuela ke Malaysia, Morella Barreto Lpez berkata langkah itu juga mencabuli Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip-prinsip hubungan antara negara.

'Perjanjian abad ini,' Palestin beri amaran terhadap Israel, AS
Kepemimpinan Palestin menolak sebarang langkah oleh AS yang melanggar undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.