PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat secara teliti kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini dianggotai oleh pakar undang-undang, patologi forensik dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mengumumkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Kamardin Hashim dan Perunding Kanan Patologi Forensik Penang Medical College Datuk Dr Bhupinder Singh sebagai anggota Jawatankuasa Khas itu.
Ia juga dianggotai Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya Datuk Prof Dr Looi Lai Meng; pakar kriminologi Datuk Dr P. Sundramoorthy; Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik PDRM SAC Azari Abd Rahman serta Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM SAC Mohammad Abd Hamid.
"Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut bagi memastikan pembelaan sewajarnya dibuat terhadap kes kematian Muhammad Adib," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 9 Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebuah Jawatankuasa Khas akan diwujudkan bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya berhubung kes kematian Muhammad Adib.
Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Wan Junaidi itu dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urus setia bersama Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Jawatankuasa Khas itu.
"Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
"Jawatankuasa ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Okt lepas," katanya.
Muhammad Adib, cedera parah semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018, selepas berjuang untuk hidup selama 21 hari.
Allahyarham dikatakan diserang serta dipukul sehingga cedera parah, malah jentera bomba turut dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan yang berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu.
Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad berlangsung selama 41 hari dan berakhir 24 Julai 2019. Seramai 30 saksi dipanggil dan 137 bahan bukti dikemukakan.
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih daripada dua individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Jawatankuasa Khas itu diwujudkan bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya berhubung kes kematian Muhammad Adib. - Gambar fail
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Kes saman Waytha Moorthy terhadap Lokman Adam berhubung kematian Adib, selesai
Peguam yang mewakili Waytha Moorthy, Annou Xavier berkata terma perintah persetujuan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.
Koroner ada kuasa dengar prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara - Mahkamah Rayuan
Koroner mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar, menghukum bagi apa-apa jenis penghinaan, walaupun di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah.
Kes Adib: Isu bidang kuasa koroner berkaitan prosiding komital diputus 8 Feb
Panel hakim memerlukan masa kerana terpaksa membuat lebih banyak penyelidikan mengenai perkara tersebut.
Pakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut bagi memastikan pembelaan sewajarnya dibuat.
Kabinet setuju tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Muhammad Adib - PM
Mesyuarat Kabinet memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jangan tutup siasatan kes Muhammad Adib walau sementara - PPMM
PPMM terkejut dengan kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang memaklumkan bahawa kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara.
Kes Adib: Tommy Thomas tidak patut menyeleweng fakta - MACSA & PPMM
MACSA dan PPMM desak Kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang telah menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.