awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej 2 Jalan Pintasan dijangka siap 2026

Bernama
Bernama
04/03/2025
09:42 MYT
Pakej 2 Jalan Pintasan dijangka siap 2026
Zairil (foto) berkata pembinaan projek itu telah mencapai kemajuan yang ketara, 73 peratus siap setakat 28 Feb iaitu lebih awal daripada jadual asal. -Gambar fail/Wikipedia
GEORGE TOWN: Projek Pakej 2 membabitkan jalan pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam dijangka siap sepenuhnya pada 2026, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari.

Ringkasan AI
  • Projek Pakej 2 jalan pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam dijangka siap pada 2026 dan kini 73% siap.
  • Projek bernilai RM851.04 juta ini akan mengurangkan masa perjalanan dari Bandar Baru Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada 10 minit.
  • Pemasangan rasuk gergasi sedang dijalankan, dengan penekanan pada keselamatan pekerja dan orang ramai.

Zairil berkata pembinaan projek itu telah mencapai kemajuan yang ketara, 73 peratus siap setakat 28 Feb iaitu lebih awal daripada jadual asal.
"Projek bernilai RM851.04 juta ini akan menampilkan tiga persimpangan utama iaitu Lebuhraya Thean Teik, Jalan Bukit Gambir-Jalan Sultan Azlan Shah dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, yang melibatkan persimpangan keluar dan masuk arah kiri dan pusingan U bertingkat.
"Sebaik siap kelak, jalan pintasan ini akan mengurangkan masa perjalanan dari Bandar Baru Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada hanya 10 minit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut berkesempatan menyaksikan pemasangan rasuk gergasi bagi bahagian bertingkat yang merentasi Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor.
Zairil berkata rasuk itu antara yang terpanjang pernah dipasang di Pulau Pinang, dengan ukuran 60 meter panjang dan berat kira-kira 140 tan setiap satu.
Beliau berkata enam rasuk diletakkan di bahagian itu, dengan tiga rasuk menyokong setiap sisi laluan dan pemasangan serupa turut dijadualkan di beberapa bahagian utama lain, termasuk Jalan Bukit Gambir.
"Apabila rasuk dipasang, kerja-kerja pemasangan jaring keselamatan dan papak dek akan dilaksanakan bagi mengukuhkan struktur serta mencegah risiko serpihan runtuhan.
"Ketika kita meraikan kemajuan ini, saya ingin menekankan bahawa aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan dan para kontraktor digesa mengekalkan standard keselamatan tertinggi untuk melindungi pekerja serta orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
#Pakej 2 jalan pintasan
#Air Itam
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan