awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat UNSC mengenai Venezuela diadakan Isnin
Sudah jadi mangsa pelaburan, pakar perubatan ditipu pula ‘peguam’ rugi lebih RM500,000
Polis nafi rompakan masjid di Kuala Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej Kita Selangor 2.0: Program Bakul Makanan diteruskan, peruntukan ADUN kini RM100,000

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/06/2021
09:09 MYT
Pakej Kita Selangor 2.0: Program Bakul Makanan diteruskan, peruntukan ADUN kini RM100,000
Peruntukan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 itu bertujuan untuk pelaksanaan Program Bakul Makanan dengan jumlah peruntukan RM3.278 juta. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira latar politik.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang diberi kepada semua ADUN di Selangor adalah RM100,000.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari peruntukan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 itu bertujuan untuk pelaksanaan Program Bakul Makanan dengan jumlah peruntukan RM3.278 juta.
"Mengambil semangat kebersamaan dan konsep ‘Kita Selangor’, peruntukan tambahan ini akan meliputi semua Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Pembangkang.
"Kerajaan Negeri turut bersetuju menyalurkan RM30,000 untuk setiap Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Selangor yang tidak menerima peruntukan di peringkat Persekutuan bagi bersama membantu rakyat memerangi wabak COVID-19," katanya semasa melancarkan pakej itu secara maya pada Rabu.
Kita Selangor 2.0 | Had belanja program mesra rakyat untuk semua ADUN
Menurut Amirudin, antara mereka yang akan menerima insentif bakul makanan ini adalah golongan B40, pemandu bas dan van sekolah, pemandu teksi dan bas persiaran, golongan ibu tunggal, mereka yang hilang pekerjaan dan mengalami kekurangan pendapatan serta golongan orang kurang updaya (OKU).
Jelasnya, inisiatif bakul makanan itu juga diperluaskan kepada para pesakit COVID-19 yang akan menerima bantuan bakul makanan serta ‘Home Assessment Tool’ bagi tujuan kuarantin di rumah.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Amirudin Shari
#COVID-19
#OKU
#Bakul Makanan
#ADUN
#ADN Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan