awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PERMAI: Peruntukan awal RM200 juta ringankan beban mangsa banjir

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/01/2021
10:42 MYT
PERMAI: Peruntukan awal RM200 juta ringankan beban mangsa banjir
Sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA:Peruntukan awal sebanyak RM200 juta disalurkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), pada Isnin.
"Saya telah mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan untuk menyegerakan segala bentuk bantuan bagi membaik pulih kerosakan infrastruktur kecil, rumah mangsa banjir serta membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam itu baru-baru ini.
BACA: PKP 2.0: Kerajaan umum pakej PERMAI bernilai RM15 bilion
"Di samping itu, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut," katanya, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri turut menjunjung kasih di atas keprihatinan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana mencemar duli dalam meredah banjir, serta terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara, serta kampung-kampung sekitar Pahang baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#PERMAI
#Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara
#NADMA
#Peruntukan Banjir
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan