Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menempelak Datuk Seri G. Palanivel kerana tidak melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah penerokaan haram di Cameron Highlands beberapa ketika dahulu.
Wan Junaidi berkata, anggota Parlimen Cameron Highlands itu memegang portfolio berkenaan (Sumber Asli dan Alam Sekitar) lebih lama berbanding beliau sendiri.
Jadi, Palanivel tidak sepatutnya membuat dakwaan yang tidak berasas terhadapnya (Wan Junaidi) berhubung kegiatan haram itu.
"Saya kecewa juga Palanivel (yang selama) dua tahun menjadi menteri. Saya baru lapan bulan. Kenapa tak buat (sesuatu semasa masih menjadi menteri)? Sekarang baru pandai-pandai nak bercakap," kata Wan Junaidi kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas kenyataan Palanivel pada Jumaat lepas yang mendakwa penerokaan haram di Cameron Highlands sukar diatasi kerana kegiatan itu didalangi oleh individu atau kumpulan berpengaruh.
"Kalau dia (Palanivel) ada maklumat yang terperinci tentang orang-orang yang berkenaan (dengan dakwaan mendalangi penerokaan haram itu) hantar surat, beritahu saya," kata Wan Junaidi.
Menteri itu berkata, pindaan kepada Kanun Tanah Negara adalah di antara tiga rang undang-undang yang telahpun diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan peruntukan denda sehingga RM500,000 terhadap pesalah yang meneroka tanah secara haram.
Katanya, pembentangan rang undang-undang itu juga merupakan usaha kementeriannya untuk membendung kegiatan penerokaan haram seperti berlaku di Cameron Highlands itu.
Menurutnya usaha-usaha penguatkuasaan juga turut dipertingkatkan lagi bagi menghalang mana-mana pihak yang cuba memasuki kawasan yang telah diceroboh di kawasan tanah tinggi itu.
Bernama
Sun May 29 2016

WAN JUNAIDI: Palanivel memegang portfolio berkenaan (Sumber Asli dan Alam Sekitar) lebih lama berbanding beliau sendiri. - fotoBERNAMA

Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dulu belajar melalui YouTube, kini tempahan pisau masuk istana
Kemalangan motosikal yang menimpa Ahmad Faizzon Mamat, 40, sedekad lalu telah mengubah hidup bekas jurutera itu apabila dia hilang upaya untuk bekerja.

Tiada niat rahsiakan pertunangan, Ubai lebih utamakan kesihatan ibu
Tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan, Ubai menjelaskan kesihatan ibunya yang baru lepas menjalani kimoterapi menjadi keutamaan mereka.

Semak arah kiblat melalui bayang matahari jam 5.18 petang ini
Rakyat Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat dengan tepat menerusi fenomena Istiwa Adzam tepat jam 5.18 petang, Ahad.

Neymar mampu menyerlah bersama Manchester United - Willian
Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara.

RM5 juta kepada MBM, perkasa penyertaan belia wanita - PM Anwar
Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa peranan pertubuhan itu.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.

Palani, kenapa tak buat apa-apa semasa jadi menteri - Wan Junaidi
Jadi, Palanivel tidak sepatutnya membuat dakwaan yang tidak berasas terhadapnya (Wan Junaidi) berhubung kegiatan haram itu.