Presiden Parti Kongres India Se-Malaysia (MIC), Datuk Seri G. Palanivel yakin beliau akan memenangi pemilihan semula parti itu yang dijangka akan diadakan beberapa bulan akan datang.
Beliau berkata lebih tiga ribu cawangan MIC telah menyatakan sokongan terhadapnya walapun parti itu kini berhadapan dengan krisis dalaman.
"Di Facebook sahaja kira-kira 800 ribu menyatakan sokongan kepada saya sama ada daripada badan kerajaan atau daripada badan bukan kerajaan. Saya akan melakukan perjuangan di tiap-tiap tempat dan jumpa ahli di setiap bahagian.
Beliau yang ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang ke-66 hari ini berharap agar parti kaum India tertua di negara ini dapat diperkukuh dan mendapat sokongan daripada semua pihak.
"Apa yang penting ialah kita perlu memperkukuhkan parti kita di peringkat bawah, di peringkat bahagian dan kita perlu mendapat sokongan dari semua cawangan-cawangan."
"Kita perlu letak MIC dalam satu proper order. Itu sangat penting," kata Palanivel bagi mengulas isu pergolakan yang kini melanda MIC.
Ditanya bila mesyuarat jawatankuasa MIC, CWC, akan dilakukan, menurut Palanivel, sebelum mesyuarat tersebut diadakan, beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan ahli partinya dan tarikh akan diumum kelak.
Kira-kira 500 hadir majlis sambutan hari jadi Palanivel pada petang tadi.
Pada 25 Feb, Setiausaha Agung MIC Datuk S. Sothinathan berkata beliau masih belum mendapat ada-apa arahan daripada presidennya untuk mengadakan mesyuarat.
Kemelut MIC timbul setelah RoS membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan CWC, yang diadakan di Melaka pada November 2013. Ia susulan aduan berlakunya penyelewengan dan dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC supaya mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.
Pada 9 Feb lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MIC perlu mengadakan pemilihan semula semua jawatan antara April dan Julai tahun ini bagi mengelak parti itu dibatalkan pendaftarannya.
Astro Awani
Sun Mar 01 2015
PALANIVEL : Datuk Seri G. Palanivel yakin beliau akan memenangi pemilihan semula parti itu yang dijangka akan diadakan beberapa bulan akan datang - Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Saya tidak berdendam dengan Najib, saya PM kena adil - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Najib pertahan sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bahawa adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa wang yang diterima dalam akaun bank peribadi AmIslamik merupakan sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud.
Dua lelaki ditahan, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di Kluang, Johor pada Selasa lepas.
Azharuddin letak jawatan bukan kerana bersalah - Anthony Loke
Demikian ditegaskan Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini susulan pengumuman peletakan jawatan oleh Azharuddin terdahulu hari ini.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Palanivel yakin menang pemilihan semula MIC
Datuk Seri G. Palanivel yakin beliau akan memenangi pemilihan semula parti itu yang dijangka akan diadakan beberapa bulan akan datang.