GEORGE TOWN: Tiada sebarang tanda terdapat unsur-unsur ancaman terhadap keselamatan negara ketika ini susulan konflik Palestin-Israel, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata bagaimanapun, pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk meningkatkan tahap siap siaga di kawasan sempadan dan pada masa sama, Polis Diraja Malaysia menjalin kerjasama rapat dengan negara jiran.
"Saya diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara ekoran pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dan tiga perkara yang dilakukan oleh pasukan polis iaitu yang pertama, meningkatkan tahap siap siaga di kawalan sempadan negara.
"Kedua, kita bekerjasama rapat dengan semua negara jiran dari segi perkongsian risikan dan ketiga ialah sepanjang konflik berlaku serta sepanjang kita menguatkuasakan kawalan sempadan, laporan awal yang kita peroleh ialah keadaan adalah terkawal.
"Tiada sebarang tanda yang boleh dibuat kesimpulan bahawa wujudnya unsur ancaman terhadap keselamatan, itu penting untuk kita maklumkan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga Lee Bong Heng di Mount Erskine di sini hari ini.
Saifuddin Nasution juga berkata Malaysia merancang untuk mewujudkan entiti keselamatan siber baharu yang akan diletak di bawah Pejabat Perdana Menteri dan langkah itu diambil sebagai maklum balas kerajaan terhadap potensi ancaman jenayah siber yang semakin meningkat.
"Itu adalah perkembangan yang telah kita bincang di peringkat Jemaah Menteri dan sekarang rang undang-undang tersebut dalam pembikinan... saya tak fikir ia dapat masuk dalam jadual terdekat (persidangan Dewan Rakyat), mungkin tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Saifuddin berkata, pihak berkuasa telah mengambil langkah meningkatkan tahap siap siaga di kawasan sempadan selain menjalin kerjasama rapat dengan negara jiran. - Gambar fail
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
Nakba: 76 tahun pembantaian zionis Israel di Palestin
Perpindahan besar-besaran penduduk Palestin yang pertama berlaku pada 1948, dikenali sebagai Nakba, atau 'malapetaka' dalam bahasa Arab.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.