awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paling rendah di Malaysia, Kerajaan Terengganu digesa tambah perwakilan wanita dalam DUN

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/03/2025
06:40 MYT
Paling rendah di Malaysia, Kerajaan Terengganu digesa tambah perwakilan wanita dalam DUN
Menurut Projek SAMA dan Bait Al Amanah, cadangan itu membolehkan empat kerusi tambahan diberi khusus kepada wanita, berbanding peruntukan sedia ada yang hanya membenarkan lantikan bagi calon bukan Islam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Terengganu kini mencatatkan kadar perwakilan wanita paling rendah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia, iaitu hanya 3.1 peratus.
Sehubungan itu, Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA) dan Bait Al Amanah menggesa kerajaan Terengganu meminda Perkara 27(2) Perlembagaan Negeri bagi meningkatkan kadar itu kepada 13.9 peratus.
Cadangan itu membolehkan empat kerusi tambahan diberi khusus kepada wanita, berbanding peruntukan sedia ada yang hanya membenarkan lantikan bagi calon bukan Islam.
Gesaan ini selari dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini, Accelerate Action yang menekankan tindakan segera dalam memperkukuh peranan wanita dalam kepimpinan.
Menurut laporan mereka bertajuk “Meningkatkan Perwakilan Wanita Dalam Politik di Terengganu”, kaedah Perwakilan Berkadar Senarai Parti boleh digunakan untuk mengagihkan kerusi mengikut keputusan pilihan raya negeri.
“Ketika ini, Terengganu hanya mempunyai seorang ADUN wanita, Zuraidah Md Noor yang dipilih dalam PRN 2023. Kali terakhir negeri itu mempunyai perwakilan wanita sebelum ini adalah pada 1974.
“Malaysia masih jauh daripada sasaran 30 peratus perwakilan wanita yang ditetapkan dalam Deklarasi Beijing 1995, dengan hanya 13.5 peratus Ahli Parlimen wanita ketika ini manakala Terengganu pula tidak mempunyai Ahli Parlimen wanita sejak 1964,” katanya.
Selain itu, cadangan ini turut merangkumi keperluan agar sekurang-kurangnya seorang calon bukan Islam dan seorang calon belia diletakkan dalam dua kedudukan teratas dalam senarai calon setiap parti.
Langkah ini bertujuan memastikan keterangkuman serta kepelbagaian dalam kepimpinan negeri.
Rentetan itu, Projek SAMA dan Bait Al Amanah menegaskan, kerajaan Terengganu perlu bertindak segera bagi memastikan lebih ramai wanita terlibat dan mereka sedia bekerjasama ke arah usaha ini sekiranya diperlukan.
Topic Berkaitan
#hari wanita sedunia
#projek SAMA
#terengganu
#DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan