awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar

Bernama
Bernama
22/03/2023
11:38 MYT
Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) bergambar pada Majlis Perasmian Pameran Eksklusif Seniman Agung P. Ramlee di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu dan karya peninggalannya kepada pengunjung luar negara, kata Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata karya seni peninggalan Allahyarham Tan Sri P Ramlee merupakan satu khazanah dan buah fikirannya mengandungi mesej keharmonian, penyatuan, kebersamaan serta saling menghormati antara kaum.
"Terlalu banyak nilai positif yang terkandung dalam setiap filem karya P Ramlee. Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat MADANI yang bersatu padu dan hormat-menghormati tidak kira bangsa, budaya dan agama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran itu di sini hari ini.
Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee bertemakan Hanya Dikau itu, dianjurkan Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Malaysia Airport Bhd dan akan berlangsung selama tiga bulan bermula semalam, di Aras 5, Terminal 1 KLIA.
Objektif pameran ialah bagi memperingati 50 tahun pemergian seniman agung tanah air itu, selain menyebarluaskan maklumat sejarah ketokohan beliau yang banyak menyumbang kepada industri seni negara.
Pameran tersebut memaparkan karya seni peninggalan P Ramlee melalui konsep visual antaranya Sekolah Umum Buta Huruf, Kedai Musik Abdul Wahub, Tandas Pangkah dan Studio Jalan Ampas yang diinspirasikan daripada pelbagai filem beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang
#Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee
#ikon seni tanah air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan