awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pampasan kepada mangsa insiden kren tumbang diumum tidak lama lagi - Tabung Haji

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2016
07:59 MYT
Pampasan kepada mangsa insiden kren tumbang diumum tidak lama lagi - Tabung Haji
Tabung Haji akan mengumumkan pampasan kepada mangsa insiden kren tumbang melibatkan jemaah haji Malaysia dalam masa terdekat. -Gambar fail
Tabung Haji (TH) akan mengumumkan pampasan kepada mangsa insiden kren tumbang melibatkan jemaah haji Malaysia dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan satu sidang media mengenainya akan dibuat untuk mengumumkan jumlah pampasan tersebut.
"Dalam masa terdekat ini akan diumumkan, tapi sebanyak mana jumlahnya akan diumumkan dalam satu sidang akhbar.
"Yang penting janji kerajaan Arab Saudi akan melaksanakan apa yang dijanjikan oleh mereka," kata Abdul Azeez pada Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Pekebun-Pekebun Kecil Dan Penoreh Getah Parlimen Baling di sini, pagi tadi.
Beliau juga percaya ada perbincangan mengenainya dibuat oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan kerja ke Jeddah awal bulan ini.
Dalam kejadian jam 5 petang pada 11 September tahun lalu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban, manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidilharam, sebaik jemaah dan umum selesai mengerjakan solat Asar.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi mengarahkan pemberian wang pampasan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan sebanyak 1 juta Riyal (RM1.14 juta).
Wang itu akan diberikan kepada keluarga setiap mangsa yang terkorban, termasuk mereka yang cedera dan mengalami kecacatan kekal akibat insiden malang itu.
Mereka yang mengalami cedera ringan pula akan diberikan pampasan 500,000 Riyal (RM573,610).
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#insiden kren tumbang
#jemaah haji Malaysia
#jumlah pampasan
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan