SARIKEI: Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak terus mencipta kejayaan, apabila jajaran keduanya dirasmikan penggunaannya pada Sabtu.
Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Stadium William Mawan di sini.
Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi dan Adun Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.
Menurut Fadillah, jajaran tersebut melibatkan kerja-kerja naik taraf persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau sepanjang 28.5 kilometer.
Ia menyaksikan jalan persekutuan ini ditambah daripada dua lorong ke empat lorong dan telah siap sepenuhnya pada 28 Oktober lalu.
Keseluruhan Kontrak Pakej Kerja 07 ini katanya, menelan kos sebanyak RM537.4 juta, melibatkan
persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua sepanjang 75 kilometer, yang dipecah kepada tiga seksyen.
Dengan siapnya laluan ini katanya, ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan Julau dan sekitarnya.
"Jajaran ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa dan cekap terutama kepada penduduk di sekitar kawasan Sarikei dan Bintangor ke Kanowit dan Sibu.
"Laluan ini juga akan membantu dalam mempermudahkan urusan logistik dan pemasaran hasil pertanian, khususnya dari kawasan Julau,"ujar Fadillah.
Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya.
Ia melibatkan sistem jalan raya sepanjang 2,239 kilometer dari Sematan, Sarawak ke Serudong, Sabah.
Selain laluan jalan bertaraf tinggi, projek ini turut melibatkan pembinaan tiga kawasan rehat dan santai, enam layby, 25 persimpangan bertingkat serta 115 jambatan dan hentian bas.
Afiezul Samit
Sat Nov 20 2021
Jajaran ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa dan cekap terutama kepada penduduk di sekitar kawasan Sarikei dan Bintangor ke Kanowit dan Sibu. - Foto Astro AWANI
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Perpindahan utiliti elektrik, paip air punca kelewatan pembinaan Pan Borneo
Kerja-kerja pemindahan utiliti melibatkan elektrik dan paip air antara punca kelewatan pembinaan beberapa jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah.
Kerajaan pandang serius kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah
Kerajaan Persekutuan memandang serius kelewatan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang terkebelakang dari Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Projek lebuh raya Pan Borneo capai kemajuan ketara - CILT Sabah
Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah.
KKR, MIPD mulakan jelajah Pan Borneo dari Kuching ke Miri tinjau lebuh raya
Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) hari ini memulakan jelajah Pan Borneo.
Pan Borneo: Sarawak dapatkan kelulusan lalui sebahagian kawasan wilayah Brunei
Kerajaan Sarawak sedang melihat persepakatan dari Brunei berhubung cadangan semula pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) menghubungkan Sarawak dan Sabah yang akan melalui sebahagian kawasan negara itu.
Pan Borneo: Persimpangan Bintangor-Julau kini dibuka
Jajaran kedua Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak melibatkan kerja-kerja naik taraf persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau sepanjang 28.5 kilometer dibuka secara rasmi.
Kerajaan kaji cadangan segerakan baki projek Pan Borneo Sabah - Fadillah
Sebanyak 35 pakej kerja dirangka dilaksanakan dalam fasa satu projek LPB Sabah membabitkan jarak 706 kilometer.
Projek Pan Borneo: Jalan Tawau-Semporna disambung semula
Pembinaan jalan tersebut turut memberikan manfaat kepada penduduk di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Tamatkan PDP tanpa sukuk, bon sukarkan pembinaan Pan Borneo - Bung Moktar
Dengan ketiadaan sukuk atau bon, pembiayaan projek itu kini terpaksa bergantung kepada peruntukan pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.
Pembinaan Pan Borneo Sarawak siap 60 peratus, Sabah 45 peratus - Fadillah
Projek Lebuh Raya Pan Borneo,menunjukkan kemajuan positif apabila mencapai kemajuan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah