awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pancaran meteor geminids menyinari langit malam

Bernama
Bernama
13/12/2020
23:45 MYT
Pancaran meteor geminids menyinari langit malam
Katanya, kejadian alam itu dapat dilihat dengan baik pada tahun ini berbanding tahun lepas, kerana tiada gangguan cahaya bulan yang terang. --fotoBERNAMA
PORT DICKSON:Pancaran tahi bintang (meteor) 'geminids' menyinari ruang angkasa malam tadi dan memberi peluang keemasan kepada peminat astronomi melihatnya dengan mata kasar.
Ketua Unit Baitul Hilal Teluk Kemang Port Dickson Muzamir Mazlan berkata fenomena kejadian alam yang berlaku sekali setahun pada Disember itu, boleh dilihat bermula pukul 10.30 malam tadi hingga ke subuh ini.
Katanya, kejadian alam itu dapat dilihat dengan baik pada tahun ini berbanding tahun lepas, kerana tiada gangguan cahaya bulan yang terang dan memudahkan pihaknya untuk mencerap meteor berkenaan.
"Fenomena ini berlaku apabila bumi masuk ke orbit iaitu dalam jaluran asteroid dan ia terjadi apabila kedudukan buruj geminids sudah tinggi dan berada di ufuk.
"Dijangka sebanyak satu ke tiga meteor akan muncul setiap satu minit dan dikatakan 100 ke 150 meteor muncul dalam satu jam," katanya kepada pemberita di Balai Cerap Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini, malam tadi.
Beliau berkata susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa di Port Dickson ketika ini, pihaknya mengehadkan jumlah kehadiran orang ramai kepada penginap hotel di sini dan dilakukan dalam keadaan tertutup.
Jelasnya, bagi memudahkan orang awam melihat dengan jelas, beberapa lampu jalan di sekitar balai cerap ditutup.
Dalam pada itu, seorang pengunjung Zakinna Wati Ahmad Tarmizi, 33, bersama keluarganya meluahkan rasa terujanya apabila dapat melihat fenomena itu pada malam ini.
"Saya datang dari Paroi, dan Alhamdulillah, saya berpeluang menyaksikan fenomena itu yang menunjukkan kekuasaan Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meteor
#lampu jalan
#balai cerap
#Baitul Hilal
#Teluk Kemang
#PKPB
#hotel
#tertutup
#cahaya bulan
#geminids
#tahi bintang
#Astronomi
#Muzamir Mazlan
#orbit
#buruj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan