KUALA KANGSAR : Pendirian Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria yang berani dan berterus terang dalam menyuarakan pandangan berkaitan agama dikagumi Mufti Brunei.
Datuk Seri Paduka Dr Awang Abdul Aziz Juned berkata, sepanjang 36 tahun menggalas tanggungjawab sebagai mufti, tidak pernah sekalipun pandangan diberikan Allahyarham terkeluar daripada landasan hukum.
Menurutnya, perkara itu menjadikan Allahyarham seorang ilmuan dan ulama sejati dalam kalangan agamawan sendiri yang bukan sahaja dikasihi masyarakat umum bahkan raja dan sultan selaku ketua agama negeri.
"Inilah pemikiran ulama sebenar khasnya mufti untuk menjaga hubungan baik dan mesra dengan sultan dan raja-raja bertahap setia menjunjung titah perintah.
"Apabila perlu, akan menyembahkan nasihat-nasihat keagamaan yang berguna untuk istana dan pembangunan ummah. Adalah salah seorang daripada mereka itu Allahyarham Harussani.
"Beliau seorang mufti yang sangat liat, kuat memegang hukum, pernah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara untuk memperbetulkan hukum," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Seminar Antarabangsa Pemikiran Mufti Harussani di Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini pada Selasa.
Ucapan beliau dipaparkan menerusi satu rakaman video berdurasi 45 minit.
Dalam ucapan itu, Dr Awang Abdul Aziz turut berkongsi pengalaman mengenai sifat kepimpinan Allahyarham ketika sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya.
Katanya, Allahyarham yang dipilih sebagai Pengerusi Badan Kesihatan dan Pemakanan dengan tenang menerima ejekan dan sindiran tajam daripada pelajar lain berikutan aduan masakan kari ayam di kolej yang keras dan tidak boleh dimakan.
"Allahyarham mengadakan perjumpaan dengan pentadbiran dan pemborong, beberapa hari selepas itu kami dengan sukacitanya telah disajikan lauk kari ayam yang sama, tetapi kali ini dagingnya empuk dan mudah dikunyah.
"Dari sinilah saya dapat mengesan bahawa Allahyarham mempunyai ciri-ciri istimewa selaku pemimpin, memiliki peribadi kukuh dan bijak dalam hadapi ujian," katanya.
Beliau berkata, satu peristiwa yang masih segar dalam ingatan apabila dapat menyaksikan sendiri pelukan erat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terhadap Allahyarham yang menterjemahkan hubungan baik antara ulama dan umara (pemimpin).
Katanya, detik itu berlaku pada Februari 2018 dalam satu majlis muzakarah ketika Sultan Nazrin berangkat naik ke pentas tetapi tidak terus duduk di kerusi disediakan sebaliknya menyimpang ke arah Allahyarham dan terus memeluknya.
"Kerusi Allahyarham betul-betul bersebelahan kerusi saya menjadikan apa yang saya saksikan ini tidak mungkin salah.
"Maka melihat umara berpelukan dengan ulama adalah tanda di sini ada kebaikan berupa keberkatan dan rahmat buat rakyat Perak," katanya.
Dr Awang Abdul Aziz mengharapkan, hubungan baik antara ulama dan umara yang dipamerkan Allahyarham terus dicontohi bagi memandu masyarakat dan negara berada pada jalan yang benar.
Jelasnya, sejarah terdahulu telah menampakkan para umara bermusuhan dengan ulama antaranya menganggap agamawan menjadi batu penghalang kepada kemahuan mereka yang menyalahi hukum agama.
"Semua raja-raja baik di Brunei dan di Semenanjung tiada yang menyakiti ulama, malah menjadikan ulama sebagai pendamping rapat kepada baginda-baginda.
"Lantaran itu takhta-takhta mereka kekal bertahan lama sampai ratusan tahun dan tidak pernah binasa," katanya.
Seminar anjuran USAS yang berlangsung selama dua hari sehingga Rabu itu membentangkan 24 kertas kerja hasil kajian dan penyelidikan terhadap pemikiran dan sumbangan Allahyarham Harussani sepanjang hayat beliau.
Pembentang utama termasuklah, Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran.
Allahyarham Harussani yang meninggal dunia pada 30 Mei 2021 merupakan Mufti Perak paling lama berkhidmat dalam sejarah iaitu selama 36 tahun sejak 1985 hinggalah beliau kembali ke rahmatullah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 04 2023
Dr Awang Abdul Aziz menyampaikan ucaptama sempena Seminar Antarabangsa Pemikiran Mufti Harussani di Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar pada Selasa.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Kehadiran ulama ke Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhari cermin komitmen Malaysia pelihara warisan ilmu
Penganjuran majlis selaras aspirasi kerajaan yang bercita-cita untuk memupuk nilai kesatuan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Institusi diraja wajib, boleh bersuara jika lihat ketidakadilan - Syed Ali Tawfik Al-Attas
Katanya, seharusnya tidak timbul isu boleh atau tidak seseorang Sultan atau Raja masuk campur dalam bidang kuasa politik dan sebagainya.
Pandangan Allahyarham Harussani tak pernah terkeluar landasan hukum - Mufti Brunei
Mufti Brunei sifatkan Harussani seorang ilmuan dan ulama sejati yang bukan sahaja dikasihi masyarakat umum bahkan raja dan sultan selaku ketua agama negeri.
Ilmu, adab dan akhlak perlu ada dalam masyarakat untuk elak situasi tegang - PM
Elemen ilmu, adab dan akhlak perlu ada dalam sesebuah masyarakat Islam bagi mengelakkan situasi tegang akibat perbezaan pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya
Program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.
COVID-19: Ini bukan masa bermain politik - Afifi Al-Akiti
Semua pihak perlu berunding dalam isu COVID-19 untuk memastikan keputusan dibuat melapangkan semua pihak.
Enam tahun berlalu... Nik Omar kenang pemergian ayahanda, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz
Anak kedua Allahyarham, Nik Omar hari ini memuat naik nukilan di laman Facebooknya mengenai pemergian ayahandanya yang tercinta itu.
Ulama terkenal Indonesia Syekh Ali Jaber meninggal dunia
Ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19.
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.