awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/07/2017
10:02 MYT
Pandikar bidas pembangkang, luluskan 19 soalan berkaitan 1MDB
PANDIKAR: Saya kena pastikan setiap soalan tidak melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat. - Foto Astro AWANI / HARITS ASYRAF HASNAN
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau menolak sebarang soalan berkaitan 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) pada sidang Parlimen kali ini.
Beliau menegaskan, 19 soalan berkaitan 1MDB telah pun diluluskan untuk dijawab.
Jelasnya, keputusan beliau menolak kira-kira 30 soalan berkaitan 1MDB adalah kerana ia tidak mematuhi peraturan mesyuarat yang ditetapkan.
“Pada sesi ini sebanyak seribu lebih soalan dihantar oleh Ahli Parlimen. Saya kena pastikan setiap soalan tidak melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
“Saya mesti ikut peraturan mesyuarat 23(C), kerana ada soalan yang tidak benar, sengaja digunakan untuk tujuan politik. Empat soalan mengenai 1MDB juga dibenarkan Isnin lalu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 23(C) menyatakan sesuatu pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara-perkara remeh.
Sebelum ini, pembangkang mendakwa Pandikar gagal menjalankan tanggungjawab dengan telus apabila menggugurkan soalan berkaitan 1MDB.
Pandikar menjelaskan kerajaan meletakkan siasatan mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi, menyebabkan beliau tidak boleh membenarkan isu itu dibincangkan di Dewan Rakyat, mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 23(f).
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dewan Rakyat
#Pandikar Amin Mulia
#Parlimen
#pembangkang
#soalan
#Speaker Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan