KUALA LUMPUR : Pendedahan terkini yang dijalankan pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) telah memetik beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun luar pesisir, sepanjang 25 tahun lalu.
Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu setakat ini:
1. Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan beliau untuk disiasat susulan pendedahan laporan Pandora Papers yang mendakwanya memiliki akaun luar pesisir di British Virgin Island (BVI).
2. Ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin memetik laporan Malaysiakini pada Isnin, menyatakan penglibatannya tidak merangkumi kesemua akaunnya dan selain urusniaga yang didedahkan oleh laporan Pandora Papers adalah tidak tepat.
BACA: Pandora Papers: Dua ahli politik Malaysia antara 336 didakwa miliki akaun luar pesisir
3. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan pada Isnin, mengesahkan beliau telah melepaskan kesemua jawatan dalam Kumpulan Kenanga Holdings Berhad pada Jun 2010.
4. Pendedahan yang dibuat melibatkan hampir 12 juta fail.
5. Sebanyak 118 firma luar pesisir, sebahagian besarnya didakwa melibatkan pemilik yang berasal dari Malaysia.
6. Raja Jordan, Raja Abdullah II, turut didakwa telah membeli 14 buah rumah mewah bernilai AS$106 juta, termasuk hartanah AS$23 juta di California, Amerika Syarikat.
7. Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babis pula didalkwa memindahkan AS$22 juta melalui syarikat luar pesisir untuk membeli hartanah mewah di French Riviera pada tahun 2009.
8. Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair serta isterinya antara individu yang tidak terkecuali terlibat dengan pendedahan tersebut apabila dipercayai membeli sebuah pejabat operasinya dengan nilai AS$S9 juta di kawasan Marylebone, London.
9. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, menghantar usul di Dewan Rakyat susulan pendedahan Pandora Papers. Anwar berkata, usul untuk membahaskan perkara itu telah dihantar ke Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
10. Setakat ini, pendedahan yang dibuat menerusi Pandora Papers menyatakan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, termasuk pengedar dadah merupakan antara individu yang terlibat menyembunyikan wang dan pelaburan mereka di serata dunia.
Hilmi Malik
Tue Oct 05 2021
Individu yang dikaitkan menerusi pendedahan itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.: Gambar fail
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Kerosakan jalan, cerun dianggar bernilai RM312.1 juta
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kerosakan jalan raya dan cerun akibat banjir susulan gelombang Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara dianggarkan berjumlah RM312.1 juta.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.
Wujudkan akta campur tangan asing
Ramai pakar berpendapat Pandora Papers yang didakwa melibatkan bekas Menteri Kewangan adalah satu usaha campur tangan pihak luar.
Pandora Papers: Siasat semua termasuk bekas Perdana Menteri - PM Anwar
Tegas beliau, siasatan dijalankan berdasarkan bukti dan fakta tetapi sekiranya wujud penyalahgunaan kuasa atau motif politik, mana-mana pihak boleh mencabarnya.
Bekas Menteri Kewangan disiasat berhubung harta ratusan bilion ringgit di luar negara - Laporan
SPRM dilaporkan menjalankan siasatan ke atas seorang bekas Menteri Kewangan berhubung penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit sehubungan pendedahan 'Pandora Papers'.
Pandora Papers: Apakah negara kita begitu lembap? - Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang itu mendakwa, kebanyakan wang tersebut dibawa keluar melalui sebuah syarikat di Singapura yang dikenali sebagai Asia City.
Pandora Papers: Teliti akaun 'offshore', cari langkah pastikan ketelusan dana - Mukhriz
Apa yang penting adalah menggariskan perbezaan yang jelas antara wang untuk tujuan tertentu dan sogokan.
Pandora Papers: Tidak salah dari sudut undang-undang namun tidak sesuai dari segi moral - Tun Mahathir
Kebanyakan senarai nama yang terdapat di dalam laporan tersebut itu akan dikenakan cukai seandainya membawa masuk wang hasil perniagaan mereka di negara luar.
Hasil siasatan Pandora Papers akan dibentangkan di Parlimen - Wan Junaidi
Hasil siasatan Pandora Papers yang didakwa melibatkan beberapa figura terkemuka negara akan dibentang di Parlimen selepas selesai.
Pandora Papers: Anwar tidak akan beri kerjasama pada SPRM sekiranya diminta tutup mulut
Jika siasatan tersebut adalah untuk menghentikan beliau daripada bercakap mengenai Pandora Papers, Anwar tidak akan memberikan kerjasama kepada SPRM.
Pandora Papers: Anwar akan dipanggil dalam masa terdekat - Azam
SPRM akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan beliau mengenai Pandora Papers yang melibatkan beberapa figura terkemuka, dalam masa terdekat.